Friday, August 12, 2011

Apabila Facebook Tamak...



Laman jaringan sosial Facebook yang dicipta Mark Zuckerberg memperkenalkan perkhidmatan mesejnya sendiri di AS kelmarin bagi menyaingi populariti perkhidmatan mesej telefon bimbit BlackBerry (BBM).
Dinamakan Facebook Messenger, aplikasi itu membolehkan para pengguna Facebook menghantar mesej percuma dengan menggunakan telefon bimbit dilengkapi sistem pemprosesan Android atau iOS kepada sesiapa sahaja dalam senarai 'rakan' mereka.
Aplikasi terbaharu Facebook itu yang direka oleh jurutera Facebook, Lucy Zhang turut membolehkan pengguna menghantar mesej berkumpulan. Pengguna juga boleh melampirkan foto pada mesej mereka. Mesej kemudian dihantar serta-merta menerusi makluman dan teks kepada penerima. [Sumber]



Apa yang rakyat Malaysia selalu buka bila on9? Main facebook, letak gambar, like beramai2, komen dan bergelak ketawa. Tetapi, tahukah anda facebook juga menyimpan semua data-data tentang diri kita, keluarga kita dan rakan-rakan kita. Malah, apa yang kita lakukan dan lokasi kita juga turut di simpan dalam data simpanan mereka. Jadi, berhati-hatilah dengan kemajuan yang semakin hari semakin membunuh. hehehhe..

 | Salam Ramadan | 

"the ones that love us, never really leave us "

6 comments:

  1. gunekanlah fb tuuk kearah kbaikan jee..jgan lebih,,sbb yg laen tuu agenda org kafir nak jatuhkan islam je..hmm :)

    ReplyDelete
  2. depa pun nk jugak.. agagagagag.. :p

    ReplyDelete
  3. sebab tu tak pernah letak maklumat betul kat nuffnang. haha..

    ReplyDelete
  4. sebab itu dala apa pun biar bersederhana kan :) sstgh info tu kita kasi cut~

    ReplyDelete

Thanks komen kat blog aku... klo ade masa terluang, aku akan pergi blog korang :)...