Showing posts with label Guru menjadi pendidik atau pengajar. Show all posts
Showing posts with label Guru menjadi pendidik atau pengajar. Show all posts

Friday, March 18, 2011

Guru menjadi pendidik atau pengajar?

update ~!!

Guru zaman sekarang hanya perlu mengajar, hal ini kerana mereka di letakkan di bawah kementrian PELAJARAN. Sebelum ini, guru-guru diletakkan di bawah kementerian PENDIDIKAN. Oleh sebab itulah, pelajar zaman sekarang kurang didikan.

Guru yang mendidik - merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran,dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. Jika pelajar tidak mahu belajar, guru boleh menghukum dengan hukuman setimpal agak pelajar terbabit insaf dan mula berubah.

Guru yang mengajar - Proses pengajaran sahaja. Tidak perlu menerapkan nilai2 murni. Jika pelajar tak nak belajar di dalam kelas, guru cuma boleh tegur sahaja, x perlu beri hukuman atau geguran berulang2 kali.

Apabila guru mula mendidik, maka terdidiklah pelajar tersebut. Ilmu pelajaran penuh di dada beserta dengan akhlak yg terpuji.

Apabila guru mula mengajar, maka terpelajarlah pelajar tersebut. Ilmu pelajaran penuh di dada, tetapi tiada akhlak yg terpuji.

Sekarang ni, guru jadi mangsa keaadaan,

Situasi 1- Seorang guru menghukum pelajar atas kesalahan pelajar tersebut, pelajar repot kat ibu bapa. Pastu panggil media itu dan ini. Guru disalahkan. --->"jgn sentuh anak saya."

Situasi 2 - Seorang guru tidak menghukum pelajar atas kesalahan pelajar tersebut. Bila tak tegur, perangai  buruk menjadi-jadi. Ibubapa dtg ke sekolah. Guru disalahkan -----> "cikgu xmengajar anak saya ke?"

Situasi 3 - Seorang guru membuang pelajar dari sekolah atas masalah disiplin. Ibu bapa datang ke sekolah, marah guru-guru sebab membuang anak2 mereka dari sekolah. Guru disalahkan ----> " guru pon serba salah .."

Aku pon x paham daaa.... tapi kerjaya seorang guru mmg mencabar, terima kasih guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar aku...Haigailah guru-guru anda. "Guru ibarat lilin, membakar dirinya demi menerangi orang lain."


Jika anak anda "nakal" jgn salahkan guru-guru. Salahkan diri sendiri. Anak-anak adalah amanah buat ibu bapa....

"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat