Ini mesin getah, korang boleh tgk mesin live ini di Kuala Kangsar. *sebelah pejabat tanah.
Pot (kiri sekali), acuan getah, mesin getah lurus, dan mesin getah berjalur. Jika korang pergi ke Kuala Kangsar, jangan lupa singgah sebentar dan ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Mesin ini di gunakan oleh masyarakat zaman nenek moyang kita. Mesin ini sangat berat, aku rasa di perbuat daripada besi.
Dulu kat belakang rumah aku ade 2 mesin getah, lurus dan berjalur. Mesin ini milik arwah opah aku. Malangnya, mesin ini telah di curi. Kuat gile pencuri tu, die boleh angkat besi yang berat nih... *prinsip pencuri tu, "Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih". hehehe... boleh tahan jugak pencuri mesin getah nih..
Orang zaman dulu menjual susu getah, getah buku dan getah keping.Masing-masing mempunyai harga yang berlainan. Harga getah mengikut harga pasaran. Pernah 1 kali tu harga getah naik sehingga RM5-RM7.00 sekilo. Jadi income sebulan mampu mencecah 4k-10k... *time tu la, byk kes curi getah.
Langkah-langkah membuat getah keping adalah seperti berikut :
- Getah cair di kutip selepas di toreh.
- Susu getah dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam acuan (satu bongkah zink 4 segi tepat).
- Ia dicampur cuka getah (sejenis asid), dikacau untuk membekukan getah tersebut.
- Lepas getah beku, ia dikeluarkan dan dilenyek...seterusnya dimesin. Ada 2 jenis mesin, iaitu mesin lurus dan berjalur.Hasilnya getah keping tersebut berbentuk 4 segi lebar dan berjalur seperti bunga tayar kereta.
- Akhirnya ia dikeringkan atau di salai dalam 3~4 hari.
- Setelah kering, getah boleh dijual.
Betol tak mesin ini diperbuat daripada Besi..
Ade ke patut adik bongsu aku cakap ini mesin tebu... hahahhaa... Guling-guling aku gelak... adoyai... kesian pon ade. So, aku share ilmu ni kat korang semua... jgn korang di gelakkan oleh orang lain dah la :p....
Tahniah buat Imam Muda Hassan....org ayor tawor tu.... *KOme2!
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik


