Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Maizawati kemalagan?

update ~!!


Setiap pagi,Sj akan bukak paper.. Tertarik dengan cerita tersebut, SJ pon salin dan letakkan di sini... Saje nk share ngan anda semua. Berita buruk buat peminat Maizawati (bekas isteri Akil hayy) Kesian beliau eksiden kat ipoh smlm. Moga cepat sembuh~


Muka Mohd Yasinn sebijik cam akil hayy..

 "Saya bersyukur kerana bayi dalam kandungan saya disahkan selamat."
Demikian luahan Maizawati Zainal, 35, bekas isteri penceramah dan penyanyi, Akhil Hayy, beberapa jam selepas menjalani pembedahan memasukkan dua plat besi pada tangan kirinya selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah di sini pagi Selasa lalu.
"Doktor pakar mengesahkan tiada sebarang komplikasi terhadap kandungan yang kini berusia hampir lima bulan," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 5.15 pagi itu, kereta Proton Gen 2 yang dipandu Maizawati atau lebih dikenali sebagai Maiza merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan yang secara tiba-tiba membuat pusingan U berdekatan Sekolah Menengah Izzudin Shah di sini.
Akibat kemalangan itu, Maiza patah tangan kiri dan cedera kedua-dua kaki selain mengalami lebam pada dahi. -kosmo-



 "the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

Thursday, December 30, 2010

Maher Zain Dapat kerakyatan Malaysia?

update ~!!


tajuk gempak je kan..kan Maher Zain Dapat kerakyatan Malaysia? betol ke? haha... Klo betol baguslah.. tp yang pastinya Beliau akan nyanyikan lagu dalam Bahasa Melayu. wah.. tahniah2!  die cakap kat FB td, 
In the studio now recording Insha'Allah song in Malay :) "


SJ doakan beliau dapat kerakyatan Malaysia. Senang buat show..tour Malaysia... sapa setuju??agkt tangan n tekan like~~~!!! hahahaha






 "the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat