Pemerintah China semalam memberi amaran bahawa sebarang tindakan ketenteraan berhampiran perairannya dengan Semenanjung Korea akan menyebabkan rantau itu terjerumus ke dalam kancah peperangan.
Amaran itu dikeluarkan semalam oleh Kementerian Luar China menjelang kehadiran kapal induk George Washington bagi menyertai latihan ketenteraan bersama Korea Utara dan Amerika Syarikat (AS) esok.
"Kami menentang sebarang tindakan ketenteraan unilateral yang dilakukan di zon ekonomi eksklusif China tanpa kelulusan Beijing," kata satu kenyataan kementerian itu.
Zon tersebut merujuk kepada kawasan maritim yang terletak dalam lingkungan 370 kilometer dari perairan China.
Kenyataan berbentuk amaran itu juga disampaikan beberapa hari selepas Korea Utara melancarkan 170 bedilan artileri ke atas Pulau Yeoncheon milik Korea Selatan selepas ia mendakwa Seoul gagal menghentikan latihan ketenteraan di pulau itu yang terletak di perairan sempadan kedua-dua buah negara.
Semalam, tentera Korea Utara melakukan ujian tembakan artileri dekat pulau Yeoncheon sebagai amaran bahawa latihan ketenteraan bersama Korea Selatan dan AS itu meningkatkan risiko peperangan di rantau berkenaan.
Sementara itu, Korea Selatan melantik bekas ketua tentera, Kim Kwan-jin, 61, sebagai Menteri Pertahanan baru bagi menggantikan Kim Tae-young yang meletak jawatan selepas dikritik kerana berlembut terhadap serangan Korea Utara ke atas pulau Korea Selatan. - Agensi
setelah aku membaca berita ini, otak mula berfikir negatif. adakah dlm masa terdekat ini bakal terjadi nya peperangan besar2ran di dunia?
jika kuasa2 besar di dunia berperang menggunakan senjata nuklear, maka lenyap lah segala kecanggihan senjata berteknologi tinggi.
dengan ketiadaan segala kecanggihan, mereka terpaksa menggunakan peperangan cara lama : menggunakan pedang, busur panah, menunggang kuda, dan berenang utk menyeberang lantas menyerang kaum2 tertentu.
adakah hal ini akan terjadi?
semua itu kuasa yg maha Esa.
wallahua`lam...
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
No comments:
Post a Comment