update ~!!
Baru sebentar tadi, akak aku ade menghantar link tentang keburukan kacang soya terhadap diri wanita dan juga kanak2!...
Beliau hantar kat aku kerana aku cukup suka minum air kacang soya, klo xde jual kat pasar malam,aku beli air kotak kacang soya seasons yg besar punya.. kadang2 bli 3 4 kotak utk stok .buh la dalam peti ais..
jeng2... rupa2nya ramai jugak ahli keluarga aku yg menge"paw" soya dalam peti ais tu ..xpe sbb ade byk lagi stok! hahahhaha...
pelik jugak sbb ni keburukan utk wanita dan kanak2,mengapa dia bg link kat aku nih???
mungkin beliau nak suruh aku memberitahu kat pembaca2 blog sekalian..
Beliau hantar kat aku kerana aku cukup suka minum air kacang soya, klo xde jual kat pasar malam,aku beli air kotak kacang soya seasons yg besar punya.. kadang2 bli 3 4 kotak utk stok .buh la dalam peti ais..
jeng2... rupa2nya ramai jugak ahli keluarga aku yg menge"paw" soya dalam peti ais tu ..xpe sbb ade byk lagi stok! hahahhaha...
pelik jugak sbb ni keburukan utk wanita dan kanak2,mengapa dia bg link kat aku nih???
mungkin beliau nak suruh aku memberitahu kat pembaca2 blog sekalian..
ni dia keburukan soya yg telah aku copy paste kan dari page Ust Hashim Al-Maranji
Soya adalah Salah satu makanan yang digembar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan mengandungi nutrien penting dan protein . Banyak pendedahan oleh orang Amerika sendiri tentang betapa soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
KES: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
KES: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Wallahu a'lam
.
Rujukan:
1. Kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, menyebut pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid , mengurangkan FSH dan mengurangkan LH.
2. Sila rujuk kepada penulisan dan video oleh Dr. Mercola.
psst: boleh di copy paste oleh anda2 sekalian untuk kebaikan umat sejagat.
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
10 comments:
err. x baca pon. terlalu saintifik. kui3. tapi filzah memang tak suka soya dan adik bradiknya. :D
so, that's why my bro have thyroid cancer? but my mum always drink soy when she was pregnant her third child, not her twins..hmm..
soya oh soya
sedap ot
cik dekja: xsuke x pe
anonymous : maybe..
wanie : sedap? kene bancuh wat sendirik...hahaha.:P
waa..kita dah la suka soya. tapi lepas baca artikel kat fb yg lbih kurang macam ni terus je avoid. takut..huhhu
macam mana pulak kalo yg btanggapan minum soya tym pregnant supaya dapat anak kulit putih tu erk????hihi
assalamualikum...LM dtg minta izin copy entri ni utk sebarkan kepada rakan2.minta dihalalkan ye.kebetulan Lm sedang hamil dan memang minum soya bean bercayan2 sehari.huhu...td dapat email berkaitan ini dan sedang mencari info tentang keburukan soya ...follow anda juga.salam kenal
huhu.. terasa terpanggil nak tengok entri ni.. sebab sal kacang soya... i'm not that so sure about this but i post something on my page on this very interesting topic.....
uuu~~
mmg xske air soya...
tp GILE ngn KICAP meh!!
aihh~~dr soya gak kan..
grrrr~~~
*ngee~~(^^)
Salam..
akhirnya, cerita pasai soya yg aku boleh stuju ngn FAKTAnya.. sbb cerita soya sblm2 ni, agak melampau sampai kesuburan wanita pon dia kata berkurang..
byk kajian saintifik membuktikan ianya membantu kesuburan wanita, but NOT lelaki.. (due to level of estrogen)
mesej di sni:
xperlulah sampai xminum lgsg soya 2.. minumlah TAPI dengan kadar yg sedikit..
notakaki: semua benda yg Allah jadikan di muka bumi ini, ada hikmah dan khasiat yg tersendiri..(^_^)
Okayy , Nabila Shah pun sangat sukakan soya ni.
Post a Comment