Showing posts with label Bulan Rejab bulan haram. bulan-bulan islam. bulan rejab.. Show all posts
Showing posts with label Bulan Rejab bulan haram. bulan-bulan islam. bulan rejab.. Show all posts

Friday, June 3, 2011

Bulan Rejab bulan haram.


Hari ini adalah 1 Rejab 1432H. Bulan ketujuh dalam kalendar Islam muncul lagi. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia. Bulan Haram yang dihormati itu ialah : Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. 

Aku teringat masa sekolah dulu, ade kuiz pendidikan islam. "Sila nyatakan Bulan-Bulan haram dalam islam?" haaaa... terkejut aku... tak penah dengar pon dalam islam ade bulan haram. Nampak beno aku ni jahil. :D..


Allah berfirman : ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam. Selepas bulan Rejab, Syaaban, dan Ramadhan. Pejam celik-pejam celik dah nak puasa kan. Jadi kepada golongan yang masih belum mengantikan puasa, ganti la sekarang... pepatah orang kedah ada menyatakan  "Awai x kalut !" maksudnya buat kerja awal-awal, nanti tak ada la nak kelam kabut buat keje last minute.
 

Credit : SZ

"the ones that love us, never really leave us "


Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat