Friday, June 3, 2011

Bulan Rejab bulan haram.


Hari ini adalah 1 Rejab 1432H. Bulan ketujuh dalam kalendar Islam muncul lagi. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia. Bulan Haram yang dihormati itu ialah : Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. 

Aku teringat masa sekolah dulu, ade kuiz pendidikan islam. "Sila nyatakan Bulan-Bulan haram dalam islam?" haaaa... terkejut aku... tak penah dengar pon dalam islam ade bulan haram. Nampak beno aku ni jahil. :D..


Allah berfirman : ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam. Selepas bulan Rejab, Syaaban, dan Ramadhan. Pejam celik-pejam celik dah nak puasa kan. Jadi kepada golongan yang masih belum mengantikan puasa, ganti la sekarang... pepatah orang kedah ada menyatakan  "Awai x kalut !" maksudnya buat kerja awal-awal, nanti tak ada la nak kelam kabut buat keje last minute.
 

Credit : SZ

"the ones that love us, never really leave us "


Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

17 comments:

Amanie Ashraff said...

tak sabar nak puasa. kat tv pun da ada iklan sempena ramadhan akan datang. fuh!

syud said...

nice info..alhamdulilahh.dah settle dah cuti ganti...

Iznie said...

awai tak kalut?


hehe.... pepatah ke tue? ingatkan dialog awam semata-mata....


baru cheq tau noh....hehehe



salam bulan rejab~

NURUL NADIAH MAMAT said...

kejap je masa bjalan....actually Nad pon tak tahu bulan2 haram dalam Islam.....tq atas pengetahuan yg baru nie... :)

Eri-chan said...

baca surah al-ikhlas 12x sehari, insyaAllah lepas siksa kubur seperti yang dialami oleh ibu seorang pemuda yang hidupnya setiap tahun tidak pernah lupa untuk baca surah ini pada setiap kali Rejab

Solihin Zubir said...

jom.. pakat2 puasa sunat.. heheh..

Iznie said...

salam rejab buat shag~!

syukran alaik atas entri yg sangat bermanfaat ni....mohon share di facebook ye... :)

IMANSHAH said...

http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2011/05/pra-bpm-2011.html

jom join

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum, bersama-sama memperbanyakkan ibadat

tutorial yg akh minta saya dah buat

klik sini

1st time buat harap jadi hehe

Fyqa said...

good sharing :)

senyumSOYA said...

jom tmbah pahala! hihi..slm rejab..

Farhana Jafri said...

aku pon xtau ada bulan2 haram.. hahaha nmpak beno jahilnya! aku ada lg 10 hari nk ganti.. adoi~~

amna said...

salamualaik..

cepatnya masa berlalu.. info menarik. dulu pernah dgr pasal bulan2 haram, tapi x ambil kisah pun. now dah jelas. hehe.. terasanya jahil ;'[

qasehraihan said...

nice entry..

oshin said...

Tudiieennn . nampak benor awok pun jahil jugak . awok pun baru tau je . tima kasih lah yer sbb share . hehe .

p/s; bab puasa ganti awok mcm terasa sket jela . tak banyak pun . Miiahhaahah

fRaMe+LenSeS said...

hihihi. terbaek la kamu.. Nadh pn nak posa la camni. didik diri sebelum tibanya Ramadhan. :)

titan said...

hoho..tak lama lagi nak raya la..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat