update ~!!
Poco-poco HARAM! Aku penah juga la buat tarian x best nih. Slalunya di universiti banyak melakukan tarian ini, ketika event besar2. Pusat latihan PLKN juga turut menggunakan tarian ini sebagai 1 senaman. Hukum tarian ini adalah HARAM. Baca petikan berita berikut :
IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. - kosmo
Beridah~, haram jugak....
Beridah di sekolah~, haram jugak....
ade yang ckap, langkah tarian ini membentuk "T" salib tuh.... apa2 pon mufti dah ckp haram, haram la... jom share ilmu ni kepada kawan2 kita yg lain~
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik