Monday, June 6, 2011

Jadi tukang sapu pon boleh terkenal


Seorang tukang sapu sampah menjadi terkenal di daerah Chaoyang di sini selepas seorang lelaki merakamkan video yang menunjukkan dia melakukan pelbagai aksi senaman gimnastik semasa menyapu sampah, lapor sebuah akhbar semalam.

Ekoran klip video tersebut menjadi popular di YouTube, tukang sapu sampah itu, Zhang Xiufang diundang untuk muncul dalam satu program televisyen.

Menurut Xiufang, dia bekerja sebagai tukang sapu sampah bagi menyara seorang anak perempuannya yang masih bersekolah semasa suaminya sakit.

Dia berkata, senaman gimnastik itu dilakukan semasa menyampu sampah bagi mengubati kerinduan senaman Taichi yang dilakukannya pada waktu pagi sebelum dia mendapat pekerjaan sebagai tukang sapu sampah.-kosmo-
 
Zhang Xiufang

*senang je nak terkenal, upload video kat youtube, pastu syarikat tv akan panggil. Tapi aku tak suka... hahahhaa

"the ones that love us, never really leave us "


Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

14 comments:

Amy Hypo said...

aha nak try gak.mcm seronok

erysweetie said...

wah...glemer u~ heheh

NURUL NADIAH MAMAT said...

ingat lelaki tadi....hee....
hebat la dia nie....jadi retis...

amna said...

salamualaik..

tu dia yang dinamakan . rezeki yang tidak diduga.. semua orang ada bakat tersendiri, skrg Zhang Xiu dah jumpa pintu rezeki dia. kita bila lagi? haha

J.Syazwana said...

betol betol betol !
sekarang ni kalau nak femes senang je. pegi upload dekat youtube. tapi kene tahan lah kalau ade yang kutuk. hehehe

Raden said...

pasni nk ngorat tukang sape..nti leh jdik femes juge

KAMIHIDUP said...

apa-apa pun boleh jadi terkenal. :)

Heidi Shafiq said...

aku pun nak buat gak la.. tp gune vacuum.. :P

khairul said...

jom layan autoshow Queensbay dan autocity .http://gilamodified.blogspot.com/2011/06/queensbay-autoshow-penang-june-5th-2011.html

Budak Botak said...

Wow dah rezeki dia kan, he3...

Entry terbaru -> Gambar2 Menarik Menggunakan Sudut Dan Masa... (",)

CikHaniBhulat said...

kaya la tukang sapu ni lepas ni.

Ain Zulaikha said...

if ada kebolehan tersendiri insyAllah..

qasehraihan said...

wah..apa lagi..jom bergimnastik..haha

liyana said...

haha..idea yg bgus utk mncari populariti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat