update ~!!
Muammar Gaddafi mempunyai harta AS$60 bilion (RM183 bilion), mana dia amik duit ini? aku pon x tahu. yang pastinya, die telah memerintah negaranya selama 40 tahun. mungkin gaji bulanan beliau berjuta2 ringgit. jom baca artikel ini.
RIPOLI - Dalam senyap-senyap, pemerintah Libya, Muammar Gaddafi telah mengumpul kekayaan mencecah AS$60 bilion (RM183 bilion) dengan beberapa bilion dolar wang miliknya selamat disimpan dalam beberapa akaun rahsia di negara Asia Tenggara.
Jumlah tersebut meletakkan Gaddafi sebaris dengan bilionair terkaya dunia seperti taikun telekomunikasi, Carlos Slim Helu dan pengasas Microsoft, Bill Gates dengan masing-masing memiliki kekayaan AS$53.5 bilion (RM163.2 bilion) dan AS$50 bilion (RM161.7 bilion).
Sebuah akhbar Britain melaporkan jumlah aset Gaddafi bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau telah mengumpulnya sejak memerintah Libya selama lebih 40 tahun.
Akhbar Belanda, De Volkskrant, melaporkan sekitar AS$40 bilion (RM122 bilion) asetnya berada di Libya manakala bakinya disembunyikan di luar negara.
Menurut beberapa sumber di London dan Tripoli, wang tunai yang disimpan di luar negara itu adalah khusus untuk kegunaan keluarganya.
"Gaddafi sebenarnya bijak, jika tidak masakan beliau boleh bertahan selama lebih empat dekad. Walaupun apa pun yang berlaku kepada dirinya, beliau telah memiliki simpanan tunai dan hartanah di seluruh dunia, terutama Asia tenggara dan rantau Teluk sebagai jaminan masa depan sembilan anaknya," kata sumber itu.
Sumber-sumber tersebut berkerja dengan Pihak Berkuasa Pelaburan Libya (LIA) yang menguruskan dana negara berjumlah sekitar AS$50 bilion (RM152.5 bilion).
Agensi tersebut dikawal oleh Gaddafi.
Menurut mereka, Gaddafi mengambil beberapa langkah bijak bagi mengelak kekayaannya dibekukan seperti yang menimpa bekas presiden Tunisia, Zine El Abidine Bin Ali dan rakan sejawatnya dari Mesir, Hosni Mubarak.
Antaranya, kata mereka, Gaddafi menyimpan wangnya dengan menggunakan akaun bank milik beberapa 'orang kepercayaannya' yang menerima 'habuan' lumayan.
Hanya Gaddafi dan keluarganya yang tahu identiti kroni mereka.
"Kunci kepada semua ini adalah kerahsiaan dan orang kepercayaan. Beliau memiliki beberapa kroni yang membantunya menyembunyikan kekayaannya," kata sumber itu.
"Gaddafi tahu orang kepercayaannya itu akan memulangkan wang miliknya selagi mereka diberi bahagian yang lumayan. Apabila anda memiliki wang berbilion-bilion dolar, perkara ini adalah mudah," tambahnya.
Di Asia Tenggara, wang Gaddafi itu dipercayai disimpan di beberapa akaun pesisir.
Hampir semua wang itu datangnya daripada pendapatan hasil minyak negara.
Selain wang tunai, pemimpin berusia 68 tahun itu turut memiliki beberapa hartanah di kawasan strategik di Lon don.
Beliau membeli bangunan Portman House di London pada harga AS$249 juta (RM762 juta) dan membayar AS$193.4 juta (RM590 juta) untuk membeli sebuah bangunan yang terletak bertentangan dengan bank pusat England.
"Gaddafi juga memiliki kepentingan dalam UniCredit, yang merupakan antara bank terbesar di Itali," lapor sebuah stesen radio Belanda.
Kelmarin, Gaddafi dilapor mendeposit wang tunai berjumlah AS$4.8 bilion (RM14.7 bilion) kepada seorang pengurus dana peribadi di London.
Seorang pengurus dana warga Switzerland yang bekerja dengan Gaddafi berperanan sebagai orang tengah dalam transaksi itu.
Pemindahan wang tersebut berlaku pada minggu lalu.
sumber www.kosmo.com.my
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
Ibrah Do'ā Nabi Zakariā 'Alayhissalām
3 years ago
5 comments:
maakkaaiii...kalau die bg i rm 1 b pon jd la..hehehe
uuuuwwooowww!!
kaya sungguh!!
kaya seh..
need more info about this Gaddafi...
Post a Comment