'Layan macam pelacur'?
Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar?KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.
Dr Rohaya Mohamed.
“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.
“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.
“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.
Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.
Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. -BeritaHARIAN
*Komen aku : kenapa Dr. boleh salah menggunaan perkataan pelacur?Rendah sangat ke martabat seorang isteri sehinggakan di gelar PELACUR? Apa pendapat anda?
**Komen ustaz zaharuddin.net : Inilah satu contoh penggunaan bahasa yg tidak tepat lagi mengelirukan. Siapa pula yg tahu cara layanan yg dikatakan istimewa itu? hanya pelanggan pelacur kelas pertama itu & penggemar video lucah kelas pertama. Pastinya tidak semua cara pelacur boleh dilakukan oleh suami isteri menurut hukum Islam.
Sumber : MZM-FC
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
25 comments:
dr nih tak pndai berbahasa...~~
memang salah ayat daktor tu.. sure jadi isu yang meletop!!!
bahaya!!
kalau disamakan dengan bidadari or apa2 yang moleh like raja.. maybe okey.. nie pelacur.. subahanallah.. murahnya martabat si isteri..
aha agak kasar bahasa digunakan di situ :)
kene tgk jugak konteks pelacur yg yg Dr. ni ckp.. walaupun agak kasar... tp if tak tgk video lucah pun, kita tau yg GRO mmg sgt cukup pandai layan klien2.. pakai seksi2...
pd ery, ape yg cube disampaikan Dr. ni adalah melayan suami biar sungguh-sungguh.. kalau pelacur layan lelaki sungguh2 semata2 kerana duit.. isteri sungguh2 layan suami untuk dapat syurga Allah...
lecturer psychology pernah bgtau 5 years ago.. sex between husband and wife adalah keperluan...mcm makan, minum, tempat tinggal.. jadi, pada yang dah bernikah..jgn pndg benda tu sebagai perkara yg ringan... yg belum, jgn ye...hehe =)
salamualaik..
pelacur sangat la tak sesuai. ni kalau nenek saya yang baca, habis seharian celotehnye tak sudah >,<''
ee...ada ke cakap macam tue?kena lebih kelas dari pelacur...name je Dr...tapi pemikiran....huh!!! sama ngan pelacur....geram2....
hmm..agak kasar disitu...
x berfikir sebelum mengeluarkn kata2 itu.//
aaaah lelaki...
sembilan akal pun sudah nk kawal satu nafsu..
tiba2 emosi..
aaaah lelaki...
sembilan akal pun sudah nk kawal satu nafsu..
tiba2 emosi..
haishhh... naper guna bahasa
kasar mcm tuh.. karang
anak2 salah anggap lain plak..
doa dan layanan yang mencukupi
serta jalankan tanggungjawab
yang sebaik mungkin
insyaAllah akan menolong
siisteri dan suami lebih rapat
hubungan mereka...
kenapa la sanggup memalukan kaum sendiri dengan kata2 yang lansung tak bermaruah itu..aduhh..memalukan sungguh..title DR tuh untuk apela..isteri itu bukan pelacur..kalu la dikata begitu ape guna lafaz sakinah yang agung itu..think and think before u say something..hai sungguh memalukan..
tak wajar guna perkataan pelacur rasanya. x boleh la nak samakan pelacur dengan isteri sedangkan martabat isteri lebih tinggi. besides, kalau pelacur layan lelaki utk dapat duit, isteri layan suami mesti berniat utk senangkan hati suami dan ganjaran pahala
huhuhu tak suka dgn gelaran pelacur pd isteri walau kelas pertama sekalipun.
Lelaki ni kalau dia nak makan luar, dpt isteri perfect pun still dia buat hal jugak. manusia kan ada sifat yg tak pernah puas apa yg di miliki..
TERKINI :REVOLUSI WAJAH CIKGU SHIDA SEBELUM & SEMASA BERLAKON
TERKINI :DI HEMPAP BATU NISAN KETIKA SEDANG MELAKUKAN SEKS DI TANAH PERKUBURAN
TERKINI :HANTU KUM KUM PERLUKAN DARAH VAGINA DARA UNTUK CANTIK
bila berkata tanpa berfikir panjang... merendahkan maruah dia sendiri. tentu dia sendiri terasa kebodohan kata2nya bila ramai yg tegur dia mungkin di fb.
kesian.
dr nie bikin gempak laa konon...tp bg akak ler..ayat pelacur itu tak sesuai utk seorang isteri..sebab isteri bukan melacurkan diri....tp isteri menjalankan kewajipan...halal bukannya haram...!
Nak menang tiket wayang dan headset? jom join contest ini.
dan nak menang sesuatu? jom teka percutian saya.
NAK MENANG IPAD2? KLIK SINI
ape punya doktor la...dia ni pelacur ke pe?emo pulak aku tengahari nii....
ade point yg die ckp btol.. tp kenapa x digunakan adab2 berjimak dlm islam.. islam sendiri dh menetapkn adab2 die.. just bg pendapat..
dr tu sendiri yg pelacur, perempuan sundal atau pernah menyundal atau melacur mak bapak dr ni memang kaki sundal. nak tanya satu kat dr bangang ni, tak baca Quran ke atau dr bahlol ni baca al kitab Idris Jala!?
agaknya doktor betina ini pernah jadi pelacur kot. lu sama je dgn ustazah mashitah laknatullah yg halalkan zina. Carilah Al Quran, baca tafsirnya sekali, bukan buku medical kau yg bodoh, bahlol tu!
dunia akhir zaman...jom kita tenang2kan diri kita kat masjid2 dan surau2 yang berdekatan...:P
guys, jangan cepat menggelabah...open up ur minds dude...bukak minda...jangan disebabkan hanya baca tajuk, baca perkataan PELACUR terus nak blame DR tu...dia kata layan suami MACAM pelacur..bukan suruh jadi pelacur...maknanya di sini, bagi layanan yg paling istimewa buad si suami..siapa lagi yg memberi layanan tip top selain pelacur? memang sesiapa yg x pernah pergi ke rumah pelacur memang x tahu bagaimana layanan mereka..tetapi, mengapa ramai muda mudi mahupun suami org masih gemar ke rumah pelacur? sudah tentu kerana keistimewaan layanan mereka...jadi, DR itu nak sedarkan para isteri supaya beri layanan yg teristimewa sepertimana PELACUR berikan kpd pelanggan mereka...nak guna perkataan apa lg yg sesuai? nk guna bITCH? lagi la kasar...so, jgn cepat melatah...rujuk pada isi yg ingin disampaikan...
lagi satu, kita yang ilmu pengetahuan x setinggi mana janganlah membabi buta kutuk DR tu...cakap dia macam pelacur bagai..bodoh la...dia cakap macam tu bersebab...memang dlm kajian mengatakan majoriti suami cari isteri baru, pompuan simpanan, pergi rumah pelacur adalah disebabkan ketidakpuasan terhadap layanan sex si isteri...jadi, di sini kita dapat buat kesimpulan bahawa, kalau xnk bagi suami pergi rumah pelacur, cari pompuan lain, dingin dlm rumah tangga, pandai2 la cari tips...at least tingkatkan kehangatan di kamar tidur sepertimana pelacur pandai menarik perhatian pelanggan..BUKAN SURUH JADI PELACUR...plis be matured tuan2 dan puan2...don't always take the negative part...wassalam..
Pendapat saya...
Agak kasar ayat disitu.... perkataan pelacur membuatkan sbg seorg isteri rasa macam sedih jer... nak samakan taraf dengan pelacur...
-Pelacur pakai seksi2 klien bagi duit ribu2 bolehla beli baju seksi mahal2....
Kita isteri yang kerja biasa2 jer ni... Nak beli baju kerja pun berkira budjet.... Ada benda yang lebih penting perlu dibeli...
Jgn samakan layanan pelacur dengan isteri... Kalau nak ajar org buat sesuatu bagi contoh yang baik2... Kalau kite bagi contoh macam pelacur kelas pertama macam bagi galakkan pulak pada org ramai supaya jadi pelacur kelas pertama... dan dah tentula pelacur kelas pertama rasa bangga dengan statement tu... dan mereka lagi galak lah melakukan aktiviti tu...
Kite pernah tau ke kenapa pelacur tu bleh tau layan suami sampai camtu sekali... Sebabnya pelacur bukan melayan seorg lelaki... Tetapi ramai lelaki... So dia dah buat kajian... Layan macam ni customer tak suka... Layan macam ni customer tak nak... Tapi suami kita tak bagi tau kita pun layan macam mana yang dia nak... Kalau customer dia bagitau... Lain customer lain layanan yang dia nak....
Sedih plak rase bila org suruh isteri layan suami macam pelacur kelas pertama... murahnya harga diri seorg isteri... mencari positif pada pelacur untuk dijadikan contoh...
Sedangkan masa bersama dengan suami pun kita kena tutup badan dengan selimut... Tidak boleh memandang kepada benda2 yang tak sepatutnya.... Tak ke sedih bila kita disuruh melayan suami seperti pelacur kelas pertama....
lain org lain pendapat.... dan saya hormati pendapat org lain...
Aku sangat setuju dengan doktor ini. Kita kena pandang dari sudut positif jangan dilihat ayat pelacur tetapi khidmat pelacur 1st class pada seorang lelaki itu yang mesti dicontohi oleh seorang isteri.
Trust me 90% masalah rumahtangga bermula dari atas katil jika ini dapat diuruskan dengan baik maka 90% masalah selesai.
Post a Comment