update ~!!
Aku tertarik dengan petikan di bawah. Sangat menarik di serikan lagi dengan contoh2 yang best... jom layannnn~ "Kesan Buruk Telefon"
Suatu ketika dulu, agak mudah untuk kita menyapa mereka yang tidak dikenali kerana masa itu masyarakat lebih mesra dalam bertegur sapa.
Tetapi kini, orang ramai lebih gemar 'membayar' untuk menghubungi kenalan yang jauh walaupun ada orang yang lebih dekat untuk dijadikan teman berbicara.
Di masa yang lalu, makan bersama keluarga adalah satu situasi di mana ibu menunjukkan kebolehannya memasak manakala abang akan bangga bercerita tentang perlawanan bola sepak di sekolahnya. Ketika itu jugalah si adik akan 'menyambar' ketulan ayam goreng di pinggan kakaknya.
Itulah gambaran kemesraan dalam satu keluarga.
Kini, 'masa berkualiti' bersama keluarga itu makin pudar kerana keriuhan waktu makan menjadi sepi dan dingin kerana masing-masing lebih gemar memberi perhatian kepada peralatan komunikasi canggih milik mereka.
BARANG KEMAS MASA KINI
Jika dulu, barang kemas dan perhiasan badan seperti emas dan batu permata dijadikan ukuran simbol kekayaan seseorang, perkara itu bukanlah lagi satu-satunya kayu pengukur di masa sekarang.
Kini peralatan komunikasi canggih seperti Blackberry, telefon Android, iPhone, iPad dan komputer peribadi adalah simbol status individu di dalam masyarakat.
Walau terdapat berita positif tentang bagaimana peralatan canggih ini dapat meningkatkan produktiviti, persoalan yang masih tidak terjawab tetap timbul tentang impak daripada gajet-gajet ini terhadap rentak hidup sosial masyarakat.
SEMAKIN POPULAR
Penggunaan telefon pintar sudah semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Suatu masa dulu ia hanya mampu diguna oleh warga korporat dan ahli perniagaan tetapi kini gajet ini mampu dimiliki kebanyakan orang.
Telefon kini menjadi semakin 'pintar' setiap hari. Setiap model peralatan ini disesuaikan dengan keperluan komunikasi, kerja serta hiburan.
Pelbagai e-mel serentak juga boleh diterima oleh gajet ini. Perisian seperti MS Office dan PDF reader juga boleh dimasukkan ke dalam telefon pintar untuk kegunaan semasa.
Satu kajian pada tahun 2007 dijalankan oleh Research In Motion (RIM) mendapati pengguna biasa Blackberry boleh memberi satu jam dari masa mua turun mereka untuk keperluan produktif setiap hari dan ini meningkatkan darjah efisyen sebanyak 30 peratus.
Elemen hiburan merupakan satu lagi faktor yang membuatkan telefon pintar hangat di pasaran. Keupayaan menyimpan serta memainkan video/filem, video YouTube dan juga hubungan dengan situs jaringan sosial selain pelbagai permainan yang menarik merupakan satu lagi aspek yang perlu 'dipunyai' oleh generasi masa kini.
Sehingga kini terdapat lebih 350,000 aplikasi iPhone dan sehingga bulan Januari tahun ini sebanyak 10 bilion aplikasi dimuaturun sejak produk ini memasuki pasaran pada tahun 2008.
Pembangunan perisian telefon pintar juga semakin rancak. Dibandingkan dengan 10 tahun dulu, mereka yang menggunakan gajet itu kini boleh mencipta aplikasi telefon mereka sendiri dan menjadikan satu peralatan serba boleh seperti bertindak sebagai sebuah buku-e, menjadi 'terminal' permainan sehinggakan ada juga yang menjadi penghalau nyamuk!.
IMBANGAN KERJA-KEHIDUPAN
Debat tentang impak telefon pintar terhadap kehidupan penggunanya tetap berterusan.
Bagi kebanyakan badan korporat, mereka mahukan perhubungan komunikasi 24 jam untuk mempertingkat kecekapan dan produktiviti. Tetapi adakah ini adil bagi pekerja mereka?
Bila difikirkan, situs jaringan sosial yang membuatkan pengguna menggunakan gajet tangan mereka secara berterusan. Sekilas pandang ini boleh memberi kemudaratan.
Bila individu dapat 'diheret' dari kehidupan mereka untuk bekerja (luar dari masa bekerja) sudah cukup buruk, mengeluarkan mereka dari suasana sekeliling akan lagi memburukkan keadaan.
Adakah kita akan bergantung kepada teknologi untuk berhubung dengan orang lain walaupun beliau berada tidak jauh dari diri kita?
Inilah aspek di mana imbangan perlu wujud. Tak akan ada sesiapa yang mahu ke stadium dan dikelilingi oleh penonton yang bersorak bagi satu gol yang dijaringkan sedangkan pada masa yang sama mereka juga sibuk menghantar teks laporan kerja kepada majikan.
MENGURUSKAN GAJET ANDA
Gajet-gajet ini dicipta dengan niat yang baik iaitu menyenangkan komunikasi antara satu sama lain. Seperti juga makanan, terlebih penggunaan akan membawa kepada kemudaratan.
Memilih keutamaan pada masa yang sesuai adalah kunci bagi penggunaan telefon pintar. Seseorang itu mesti bertindak bijak bergantung pada situasi.
Bila seseorang itu hadir di majlis pengkebumian, adakah beliau perlu menjawab e-mel atau hantaran Twitter. Kalau berbuat sedemikian sudah tentu beliau akan dianggap tidak sensitif dan tidak hormat terhadap keluarga simati. Tambah buruk lagi, ini akan mendatangkan kemarahan ahli keluarga individu yang meninggal dunia itu.
Tetapi pada seminar di mana penceramahnya membuatkan anda 'mengantuk', jelingan terhadap perkara terkini yang muncul di telefon anda akan membuat hari anda lebih 'ceria'.
Belajar menjauhkan diri dari gajet anda juga merupakan satu pendekatan yang baik. Seseorang itu harus belajar 'menyimpan' gajet kesayangannya ketika melakukan aktiviti seperti senaman, menunaikan ibadat serta keperluan agama ataupun ketika makan bersama keluarga.
Berikan masa bagi telefon kesayangan anda untuk 'berehat' . Ini akan membolehkan anda memberi tumpuan kepada kerja-kerja lain yang juga memerlukan perhatian sepenuhnya.
Juga cuba elak daripada bertindak membalas dan memberi respons untuk e-mel yang diterima berkaitan dengan kerja sebelum masuk tidur. Kalau anda berbuat demikian, ia akan memberi impak yang signifikan terhadap kesihatan fizikal dan juga mental kerana ini akan mengurangkan masa rehat.
CABARAN BERTERUSAN
Perkembangan teknologi akan terus rancak. Begitu juga permintaan untuknya. Ini akan membawa cabaran baru bagi setiap individu.
Keupayaan menimbang serta membuat keputusan yang baik bagi mencapai imbangan kerja dan kehidupan sememangnya diperlukan. Ini memerlukan perubahan sikap selain dari proses pembelajaran dan percubaan.
Tetapi perkara ini adalah sesuatu yang mesti dan memang perlu dilakukan. Sememangnya hidup ini adalah lebih bermakna daripada hanya menjawab e-mel dan melayari laman Facebook.
-Bernama-
Hmm..baru nk beli fon mahal2... uhuk3....
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
5 comments:
byak lagi kesan buruk...xp msyrakat xdidedahkan ngan semua ni...sbb komunikasi yg plg pntg skunk ni.
Alhamdulillah. Satu entry yang bermanfaat :)
Setuju sangat. Kadang-kadang sebab terlalu asyik dengan gajet, dan teknologi sehingga tanpa sedar kita mengabaikan hubungan kita dengan keluarga, dengan orang sekeliling di dunia realiti.
*Jangan lupa silent telefon masa tengah solat. HEhe
parah. bahaya dah ni.
nasib la kite pakai enset murah jek. x bole nk on fb pun =,='
byk kesan buruk pon org pakai jugakk..
mcm rokok la.. org isap jugak walaupun terpampang gambaq penyakit kt kotak tu...
Post a Comment