Friday, March 4, 2011

Halalkah Nuffnang?

update ~!!

Salam,

Ketika 1 masa dahulu, aku slalu jugak blogwalking dan slalu jugak aku terjumpa iklan NUFFNANG ini..

Terlintas jugak di fikiran aku, nuffnang ni ape bendenya..lagipon ketika itu mmg byk sgt blog2 yg pernah aku layari mempunyai logo NUFFNANG nih.hehhe.. korang teka, berapa byk dah duit nuffnang aku? hehehe..ade la belasan ringgit, dengar cite, traffic kene tinggi, pls busuk 100 view sehari..so cam na nk naik kan traffic?? klik SINI

Sebelum aku buka blog ini, aku pernah jugak bertanya kepada adek aku nih, dia cakap NUFFNANG ni x kompom lagi sama ada halal atau x...

Jadi..aku search kat tenet...then jmpa 1 artikel ini...jadi saya kongsi kan kepada semua, agar sama2 kita mendapat kebaikan daripada artikel ini. artikel ini di petik dari web ustaz nor amin dan ustaz ismail.

Boleh di katakan masalah ini baru timbul dalam dunia internet ini. Ramai yg menyertai bisnes internet ini kerana caranya sangat mudah di bantu pula dengan kecanggihan teknologi yg terdapat di malaysia ini.

Sebelum saya melanjutkan lagi mengenai hukum ini, terlebih dahulu ingin saya nyatakan bahawasanya saya bukan hendak menegakkan benda yg haram tetapi segala kenyataan ini di berdasarkan dari kajian2 dan sumber2 yg boleh di jadikan sebagai hujah. Jadi jika ada sebarang kemusykilan atau permasalahan boleh la kita berbincang dgn cara yg enak di dengari.

Menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana tiada sebarang penipuan atau pon penindasan dan ada ikatan perjanjian antara kedua belah pihak yg perlu di turuti. Sumber pendapatan yg di miliki adalah hasil daripada kerja ahli yg meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka.

Jadi siapakah pembeli dan siapakan yg menjual nya? penjual adalah syarikat yg menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah blogger yg menyertainya utk memiliki iklan perklik kerana blogger yg memohon dan menyetujui perjanjian dengan syarikat pengeluar.

pendapatan dari iklan NUFFNANG boleh jadi HARAM jika, anda menyuruh pelawat blog anda klik pada IKLAN seperti :


"SAYA NUFF2 DI SINI, AWAK NUFF2 DI BLOG SAYA PULA"

" SILA BANTU SAYA MENJANA PENDAPATAN,SILA KLIK PADA IKLAN"

"KLIK PADA IKLAN BADI MENJANA WANG UTK BLOG SAYA"

"BANTU SAYA DENGAN SATU KLIK PADA IKLAN"


Setiap ayat seperti di atas mengajak kita utk membantu blogger utk menjana pendapatan, akan tetapi tahukan anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan blogger yg mana "blogger tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja".

Hal ini berlaku dengan tidak jujur, sedangkan iklan itu di buat utk menarik perhatian pelawat blog seterusnya pelawat akan mengklik dengan ikhlas dengan tujuan utk melihat isi iklan berkenaan. Sama juga jika si blogger mengklik sendiri pada iklan yg terdapat pada blognya sendiri. hehehe..

Jadi fikir2kan dan selamat berblogging! yakin??? nak letak NUFFNANG? jom klik NUFFNANG  La ni ada org letak Heartbeat pulakk!!! hehehe


"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

28 comments:

sicomot-comel said...

kalau paksa klik mmg la haram..
sape lah org2 tu..

A.s.t.i.n.a said...

SJ: jgn klik nuffnang saya k :)

Afiq Din said...

tu la...
kire klik xikhlas tu yg wat jdi haram

Sunah Mohammad said...

Kalo letak "Klik Kalo Suka Blog Saya..."? huhuhu...

aNnE said...

jeng3 camne nih . haha.

p/s : ea anne tak berapa pandai editkn blog org lain.citarasa perempuan n lelaki berbeza..kang jd lain lak..haha ;p

putri noor syamimi said...

yeke??

okay, okay. tukar cepat!! :)

Raji berkata said...

huhu ni yg menakutkan nih T.T
kena elakkan dari berpakat nih
erm mmg susah nk berubah tapi apa daya..

ciknabil-a said...

blog nabilah mmg xda nuffnang. so mmg x dpt nk klik nuff lau dtg kat blog nabila. :/

syaz rini said...

hehe ramai yg suka ckp cm2..huu

Marya Hana . said...

x suka org paksa2... :)

senyumSOYA said...

klik la klu jmpa~ wee~

bun said...

saye tak de nuff
meh datang klik
klik la kat bloglist ke,kat blogachive ke

hehehe

yatie's EPISODE said...

yati tepek kan je iklan nuff. takde kate ape2. halalkan? hihi

chenta nana said...

haah... betol tu... nana setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sangat2...

Hanis MY said...

wahhh baru tahu ni...terima kasih atas perkongsian!

shahjiehan said...

sharing is caring....

antudegil said...

marah dgn nuffnang sekrang ni. nuffnang dah kedekut. bwahaha! kena betulkan nawaitu ni.

Myvitrd said...

Hukum tetap hukum jika salah.. sebab tu time register tu pastikan anda tidak memilih iklan alkohol dan juga tembakau.. sebab nanti jadi subahah.. n geng2 klik tu lagi satu hal.. memang tak d benarkan..

wasalam

Heidi Shafiq said...

jgn klik iklan aku.. :)

nazirulhazwan~ said...

nuffnang2!! hehe, nuffnang stakat ni telah memberikan den sebuah laptop.hehe:P

Miza Yusof said...

perkongsian yang baik. tapi miza tak pernah pulak nak amal u click i clik u ataupun dok paksa org klik.

*dah cash out la. sekarang tengah tunggu ce. teruja sebab baru 1st time cash out. hehe :)

niesz said...

owh..mcm tu..br niesz fhm..so, lps ni kena klik dgn iklas..xpyh mintk org tlg klik kan...tkut gak kalau dpt pendptn dr sumber yg x elok.

sissyira said...

salam

betul tu,,,kalau nak letak letak jelah,,jangan tinggal nota kaki yang tak bertauliah pula....

YanaMIB said...

xyah soh org klik, soh org dtg blog pn dh cukup sbnrnya..uv kan..dari uv BE bertambah~ =)

nice sharing!

~ PIJA ~ said...

akak tak penah pakse org tau...!!! tapi org ramai pakse akak..rase nak gigit2 jek depa..

Solihin Zubir said...

heartbeat pon haram jugak kalau dok paksa2 org klik.. heheh..

Nur Hanani said...

tak suka lah kalo kena paksa-paksa klik. Kalau orang suka, dia akan klik sendiri. :)

Entri Terkini: Keasyikan drama Korea, Segalanya indah..

fRaMe+LenSeS said...

camtu ka. maceh mengingatkan. huu.. budak baru bukan tau apa.. ;) cam nadh ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat