Friday, December 3, 2010

menjual laman web boleh jadi milionair

update ~!!

huh~
 sekali imbas berita ni,cam sonok je kan.. sebab ianya melibatkan wang yg berbilion2 dan melibatkan urusniaga internet.


siapa sangka dgn hanya menggunakan internet boleh menjadi sorg jutawan? tuah ayam nmpk di kakinya, tuah manusia siapa yg tahu kan...


harap2 pasni aku boleh la jd jutawan dgn menjual blog ni pula..ahaks~ 



Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.





Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).


Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.


Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.
Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.


Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion). - Agensi




"the ones that love us, never really leave us "



 sekian...


Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

1 comment:

Ain Zulaikha said...

boleh je nakjadi cam diorang.. good luck...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat