Wednesday, March 23, 2011

Kereta jadi padang golf mini

update ~!!

Kenapa lah mat saleh la ni makin pening, kete pon di ubah jadi padang golf. hahhaa.. creatif sgt ni, Hebat!! hahaha.. 




Kereta jadi padang golf mini



JOHN MCARTHUR berdiri di atas bumbung kereta miliknya yang dijadikan padang golf.


CHELMSFORD, England - Seorang peminat fanatik kereta, John McArthur, 22, mencipta kelainan apabila dia menukarkan kereta jenama Skoda Felicia miliknya menjadi sebuah padang golf mini, lapor sebuah akhbar semalam.

McArthur hanya membeli kereta tersebut pada harga murah iaitu £347 (RM1,718.13) daripada sebuah laman web lelong, eBay bagi
menggantikan kereta lama berjenama Renault Megane Scenic.

"Adik perempuan saya tidak akan menaikinya tetapi rakan-rakan saya yang turut sama meminati kereta suka dengan kereta ini.

"Mereka menyatakan orang ramai pasti akan melihatnya apabila saya memandu dan saya ada melihat beberapa orang merakamkan gambar dan bertanyakan pelbagai soalan," katanya.

Dia meletakkan rumput palsu di atas kereta tersebut dengan dilengkapi lubang dan tiang bendera. - Agensi



(aku x reti main golf, ada sapa2 nk tlg ajarkan x) lalala

"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

4 comments:

Amanie Khairunnisa said...

haha kreatif habis kot :p

alinsharif said...

semakin pelik..
unik?? dan tersangat la pelik..
+_+"

dja_amiensukhri said...

murah kot kereta tu.. awesome.. rajin tul JM nii...

nabByla said...

x cukup ngn padang. kete pn jadi. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat