Tuesday, March 22, 2011

Pesawat Stealth anti radar.

update ~!!

Pesawat ni adalah yang paling merbahaya. Pesawat ni x boleh di kesan melalui radar. US telah menggunakan pesawat ini utk mengebom Istana Gaddafi. Ikut suka die je nk bom2 orang. Adakah perang dunia ke-3 bakal berlaku? hmmm.... gerunnya~


Pesawat Stealth pulang selepas bom Libya


SALAH satu daripada tiga buah pesawat kalis radar B-2 Spirit tiba di pangkalan udara Whiteman di Missouri setelah menyelesaikan operasi di Libya.



MISSOURI - Seramai enam orang juruterbang pesawat kalis radar B-2 Stealth selamat pulang ke Amerika Syarikat (AS) selepas mengharung perjalanan sejauh 18,507 kilometer dari Libya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dipandu oleh dua pemandu setiap pesawat, mereka terpaksa berada di dalam kokpit pesawat selama 25 jam untuk menyempurnakan tugasan mengebom Libya.

Semua juruterbang itu membuat perjalanan dari Pangkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri ke Libya dan kembali semula ke pangkalan.

Menurut Tentera Udara Amerika Syarikat, ketiga-tiga buah pesawat itu tiba pada pagi semalam selepas operasi pertama yang menyaksikan lebih 112 peluru berpandu Tomahawk telah dilancar dari kapal perang tentera bersekutu di Laut Mediterranean.


Tidak dapat dipastikan bagaimana para juruterbang itu mampu berjaga sepanjang Operasi Odesi Subuh itu. Tetapi sebelum ini, terdapat katil lipat di bahagian belakang tempat duduk pemandu.

Mereka juga mustahil untuk menggunakan alat kawalan pandu automatik untuk keseluruhan perjalanan, apatah lagi sewaktu mengebom sasaran kerana operasi tersebut memerlukan sepenuh perhatian. - Agensi


"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

4 comments:

CIK TOM said...

hurm...dunia2..semua nak berperang sn sini..bila la br boleh aman?dunia kiamat kot..huk3 =,=

Republic Aku said...

kebodohan orang arab memberikan ruang yang cukup luas untuk US menjadi HERO!

FD said...

hanya ada 3 buah je dan kos utk bina mende nie sangat tinggi.. wow

ain fathihah said...

Malaysia sila ambil pengajaran. jangan gaduh sesama sendiri. Nanti AS datang bom kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat