"Saya sayang emak saya". Di bawah ini, aku bagi contoh karangan dari budak sekolah rendah. Seorang lelaki dan sorang perempuan. Mmg bila baca ni rasa nk tergelak guling2, tapi kita ambil yang positif sahaja. Mereka tahu dan hargai kasih sayang seorang ibu terhadap anak2. Mereka masih kecil, tapi mampu untuk berfikir dan menghargai kasih sayang ibu mereka.
Mereka tahu tarikh ibu mereka dilahirkan, siap bagi masa pulak tuh. Mereka juga tahu kewajipan untuk menyahut panggilan seorang ibu. Terharu aku membaca karangan mereka. Bila besar nnt, ada yg nk bawak ibu mereka pergi ke Mekah. Bagus!! sangat bagus. Ada jugak yang nk menghadiahkan kejayaan dalam UPSR kepada Ibu dan ayah mereka. Syabas adik-adik darjah 6..
Jika anda berani, buat la 1 entri ttg ibu anda. Tunjukkan rasa kasih dan cinta kita kepada ibu kita.
Untuk pengetahuan anda, pandang muka ibu kita pon dah dapat pahala. Bukan senang nk dapt pahala percuma. Maklum la, hidup ini tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa. Jgn lupa doakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita di dunia dan akhirat.
Oleh Nur Syazwani Ismail
Sek.Keb. Seri Negeri.
Darjah 6
Saya mempunyai seorang emak yang saya sayang, iaitu emak saya yang bernama Ramlah binti Bulat. Emak saya telah memberikan apa yg saya inginkan dari kecil lagi. Emak saya amat menyayangi saya dan saya sayang emak saya.
Emak saya ialah anak yang kelima dari enam beradik. Pada umur 18 tahun, emak saya telah berkahwin dengan ayah saya yang bernama Ismail bin Musa. Hasil perkahwinan itu, mereka mendapat seorang cahaya mata iaitu saya.
Emak saya di lahirkan di kampong Kuah pada pukul 6.45 pagi. Tarikh lahir emak saya tidak akan saya lupai iaitu pada 12 mac 1971. Emak saya adalah anak yang kelima dari keenam-enam beradik. Emak saya mempunyai 2 orang kakak, 2 orang abang dan seorang adik.
Pada 14 disember 1999, emak saya telah melahirkan saya pada pukul 5.40 pagi. Saya dilahirkan di Putra Medical Centre Alor Star. Emak saya berusaha membesarkan saya. Saya amat menyayangi emak saya kerana emak telah membuat segala-galanya untuk saya.
Saya menyayangi emak saya dengan cara tidak melawan dengan kata-kata emak. Saya menyahut apabila dipanggil oleh emak. Saya harus menjaga hati emak agar tidak terguris dan terluka dengan nada yang tinggi saya dan memalukan dia di hadapan orang ramai. Bagiku emaklah yang terpenting dari yang lain.
Oleh Asmawi bin Abdullah.
Sek Keb Temoyong.
Darjah 6.
Sek Keb Temoyong.
Darjah 6.
Namaku Asmawi bin Abdullah, aku berumur 12 tahun. Aku di lahirkan di hospital besar Langkawi pada tahun 3/10/1999. Emakku telah berkorban semata-mata untukku, Emak bekerja keras mencari rezeki untukku dan keluargaku. Aku amat sayang akan emakku.
Emakku bernama Rohani binti Salleh, emakku bekerja sebagai pelatih di Tentera udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum berkahwin dengan ayahku.
Emakku dan ayahku berkahwin di rumah ayah kepada ayahku di Pulau Langkawi, Malaysia.
Pada setiap Minggu, emak selalu memasak nasi goreng dan kerabu mempelam.Jasa emak kepada saya sangat berharga dalam hidup saya dan saya bertekad untuk mendapat 5A atas jasa emakku.
Apabila saya dewasa nanti, saya akan membawa emak saya pergi membuat umrah dan melancong ke luar Negara. Contohnya seperti Beijing, U.S.A. United Kingdom, Rusia dan Arab Saudi, Saja juga teringin membawa emak saya ke Mekah untuk melihat sendiri Kaabah dan Taj-mahal.
Ade banyak lagi karangan budak2 ni.. tapi x sempat nk tulis, aku sibuk.maaf ye semua...!! Sekali lagi Syabas adik-adik Sjiehan.com
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
27 comments:
err,tolong la ajar camne nak wat post cenggini..leh scroll2..
hehehe...sweet je baca, mcm ni lah baru anak mithali.. :) niesz syg mak jgk..
comelnye...
pengalaman best masa kecik=
'selalu dikejar pakai rotan dan menyorok bawah katil'
hehehhehe
ibu ....i love u!
ko cikgu jihan???
errr..aku tersentuh baca karangan num 2..errr
hehe..SJ dulu pun mesti wat camni gak kan kan..mesti cikgu darjah 6 SJ pun gelak gak baca karangan kite time tuh..
comel~
wah nice entry.. kunjungan balas dari eja :)
lawak kot...aku sendiri pon tak pernah tahu time bila mak aku dilahirkan..hoho
haha! hebatt la karngn bebudak ni..sy pun xleh tulis shebatt ni..
ouhhh~~
so sweet..
(^_^)Y
SAYA PUN SAYANG EMAK SAYA :)
HANGAT :Siapa Kata Miera Liyana Tayang Tetek?? Tak Caya Lah!
comelnye lah ai...teringat zaman upsr dulu...macam ni jugak..:D
ckp pasal makk je i sagt sensitip tau....rase nak nagess! i lep my mom damn much!
brapa kali mak saya daaa.. heheh..
nway, mmg sweet..
depa taw hargai mak depa.. bagusla..
comEl nyEr,,.terinGat pLak tym kcik2,,.ahaha,,.mAz syG mak jgAk,,.
wah terharunya baca karangan diorang.. budak-budak memang ikhlas dan tak pandai berbohong!
mantap lah karangan ni..budak lagi dh pandai atur bahasa..kemas je bace..jujur 100%..camne lah krngn ika dolu2 ye..huu~hodoh ke idak ntah la..xegt plak..haha..
assalamualaikum
comel sgt krgn adik2 trsebut..
"saya sayang mak saya"
syurga dibawah telapak kaki ibu..hargailah jasa mereka selagi hayat mereka masih ada... =D
Bagusnya, siap tahu masa ibu dilahirkan lagi. ^_^ Terharu
haha..kan dah siap komen kat ats tuu..20 march 2011..
baguih la kalau ada niat macam tu. moga tercapai hajat adik2 kita tu. amin. .;)
i love my mum~~ i love her so much..may Allah bless her~~
saya pun sayang mak saya. heh..
cik AngguR pon penah buat entry pasai mama cik AngguR...sayang mama ~
thanks shahjiehan sudi p blog sy :)
Post a Comment