Sunday, March 20, 2011

Oprah terima gaji RM963 juta tahun lalu

update ~!!

Sebenarnya aku x kenal pon siapa sebenarnya oprah nih. Yang aku tau dia ni ade rancangan sendiri dan suka bersedekah kat orang. Ni pon aku taw dari Baba(ayah) aku. Baba suka tgk rancangan die, ntah la.. Aku tertarik ngan tajuk besar ni sebab, apa yg aku boleh kaitkan, makin banyak kita bersedekah, makin byk harta kita.

Aku pernah terbaca, sedekah itu menolak bala. Tapi aku x dapat nk buktikan. (klo ade org nk tlg tambah, sila tmbah kat bahagia komen).

Aku yakin sangat, bila kita bersedekah, rezeki kita makin bertambah. "Sedekah itu ibarat satu dahan, yang mempunyai 7 ranting, dan setiap ranting tu, ada 7 biji buah. "

Xpercaya? cuba la praktikkan... ^_^...


Oprah terima gaji RM963 juta tahun lalu

OPRAH WINFREY


MAJALAH Parade menyenaraikan Oprah sebagai selebriti berpendapatan paling tinggi pada 2010. Memetik laporan Parade, Oprah memperoleh pendapatan sekitar AS$315 juta (RM963 juta) pada tahun lalu.

Selebriti kedua berpendapatan paling tinggi pula ialah Michael Jackson yang berjaya mengaut aset kira-kira AS$275 juta (RM840 juta) sehingga Disember lalu.

Tersenarai dalam kedudukan ketiga selebriti menerima pendapatan paling banyak pula ialah kumpulan rock Australia, AC/DC dengan pendapatan sebanyak AS$114 juta (RM348 juta).

Johnny Depp tersenarai sebagai pelakon lelaki yang menerima bayaran paling tinggi iaitu AS$100 juta (RM306 juta) dan dia menduduki tempat keempat mengikut bancian Parade.

Kedudukan kelima milik Beyonce dengan pendapatan sepanjang tahun lepas sebanyak AS$87 juta (RM266 juta).

Suami Beyonce, Shawn Jay Zcarter (Jaz-Z) medapat pendapatan AS$63 juta (RM192 juta) di tempat keenam, manakala Lady Gaga memperoleh sebanyak AS$62 juta (RM189 juta) serta pelakon Sandra Bullock dengan pendapatan sebanyak AS$26 juta (RM171 juta).

Pengacara Ellen DeGeneres merperoleh pendapatan kurang AS$1 juta (RM3 juta) untuk berada di tempat kesembilan. Pengacara program realiti American Idol, Ryan Seacrest pula mengaut pendapatan sebanyak AS$51 juta (RM155 juta).Ryan sekali gus tersenarai sebagai pengacara paling banyak menerima bayaran pada tahun 2010.

Heroin filem Twilight, Kristen Stewart pula tersenarai sebagai pelakon wanita yang menerima bayaran paling tinggi dengan AS$25 juta (RM85 juta). Dia bagaimanapun tidak tersenarai dalam kedudukan 10 selebriti menerima bayaran paling tinggi dalam majalah Parade.

-Sumber-

"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

13 comments:

mazNi mAz said...

uik???rmAi jgAk Artis yG t'sNarai erk.,bto la 2,,.kLau kTe sLalu b'sDekah,,.InsyaALLAH rZeki kTe powN akn b'tmbAh..

Eqmal said...

nak bersedekahlah tiap-tiap hari,,baru ramai yg syg kat kita,,hehe,,Allah pun syg juga,,

putri noor syamimi said...

wow...O.o

H Y D E said...

saya memang respek gila kat dia. seorang anak luar nikah yang zaman kecilnya tidaklah terlalu indah, tapi banyak mengajar oprah banyak perkara. kerapkali terbaca dia menghadiahkan peminat dia dengan macam2 hadiah termasuk kereta Ferrari & percutian ke luar negara. juga banyak mmbantu org2 miskin & mewujudkan sekolah utk golongan kurang bernasib baik. billionaire macam ni lah yang patut wujud.

Rozuan Ismail said...

wah..kaya weyh..diorang ni mesti ada determination yg tinggi untuk success..setuju sgt..makin byk kita bersedekah dgn ikhlas kerana Allah SWT,makin byk rezeki kita dapat..

p/s M.Jackson dapat no2?walau dia dh x de?hebat!!

Republic Aku said...

sedekah jer nanti dapat la habuan tapi tak tahu jenis yang macam mana...

Amanie Ashraff said...

uii kaya betoi depa suma nie. takuit ~

Solihin Zubir said...

perghh... gila btoi.. kita nk dpt sejuta pon makan tahun..

FD said...

waaa.best gila, leh beli iPad bnyk2 ni

Amanie Ashraff said...

SJ! sory2 lambat cakap. saya dah emel kat awak dah. sory =,='

putri noor syamimi said...

ketaq tu ape?
mimi kekeringan idea setelah puas bercuti. lalalala~ :P

Fakhrul1409 said...

perghhhh!! gler r cmtu...leh beli gallardo tu sbijik!

iLa suHaiLa said...

mmg terbaekkk r!tu blsn bgi org yg buat baek..xkire islam atau tdk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat