Kenderaan dikuasakan oleh kayu api ganti petrol.
Kenderaan yg telah di ubah suai
Tidak tahan dibebani harga petrol yang melambung tinggi, seorang lelaki di Finland mengubah suai sebuah trak pikap miliknya bagi membolehkan kenderaan itu bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api, lapor sebuah akhbar semalam.
Setelah mengalami pengubahsuaian, enjin V6 trak jenis Chevrolet milik Juha Sipila kini dijana asap daripada dapur kayu api yang dipasang di belakang trak tersebut.
Pada kapasiti penuh, dapur tersebut boleh diisi dengan kayu api yang mencukupi untuk menggerakkan trak itu sejauh 1,280 kilometer.
Lelaki itu mendakwa, traknya boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam dan dia menamakan kenderaannya El Kamina yang bermaksud dapur dalam bahasa Finland.
Teknologi dapur kayu itu yang pertama kali digunakan pada kenderaan semasa kekurangan bekalan petrol ketika Perang Dunia Kedua, didapati lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel. - Agensi
Fakta :
- Di beri nama EL Kamina Bermaksud Dapur.
- Bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api.
- Dapur tersebut telah dipasang di belakang kenderaan terbabit
- Boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam.
- Jenis enjin - V6 trak jenis Chevrolet.
- Pada kapasiti penuh trak itu mampu bergerak sejauh 1,280 kilometer.
- Di cipta kerana harga pertol terlalu tinggi.
- Teknologi ini telah di gunakan ketika perang dunia kedua.
- Lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel.
- Ibu Negara Finland adalah Helsinki.
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
13 comments:
kreatifnye orang 2..kalau semua pakai kayu api ganti dengan minyak lagi best..tenaga alternatif bagi menggantikan penggunaan minyak..
kreatifnye orang 2..kalau semua pakai kayu api ganti dengan minyak lagi best..tenaga alternatif bagi menggantikan penggunaan minyak..
trbaik la!! hope engineer wt mcm ni pas ni.. xpyah nk tnsion kpla otak nk cri ptrol! hehehehe
jemput singgah ANASAURUS :)
haha..terbaek! nak buat gak mcm ni..tp tk kuar asap karbon dioksida ke??bako2 ni..
style. :)
nombor sepuluh, ibu negara finland tu macam takde kena mengena pun..hakhak.xD
kreatif tapi tanak guna..kalau boleh yang pakai air je..hehe
sggup ka kalo nk dating naik keta camtu? hehehe...
heheh..nak dengar tak tips dlm hubungan..
http://naulofah.blogspot.com/2011/04/chapter-2-en-fix-it-dan-home.html
huuu~ memg jimat tapi tak comeyy la..hehe
HAHHAHA! ain cadangkan supaya kereta nanti guna cahaya matahari dan kuasa bulan..
** sorry sangat sebab lambat reply jejak :) peace.
pakai angin lag senang.
free je :P
wah!! terbaiklah!
Post a Comment