Sunday, April 17, 2011

Kenderaan kayu api.


Kenderaan dikuasakan oleh kayu api ganti petrol.


 
Kenderaan yg telah di ubah suai

Tidak tahan dibebani harga petrol yang melambung tinggi, seorang lelaki di Finland mengubah suai sebuah trak pikap miliknya bagi membolehkan kenderaan itu bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api, lapor sebuah akhbar semalam.

Setelah mengalami pengubahsuaian, enjin V6 trak jenis Chevrolet milik Juha Sipila kini dijana asap daripada dapur kayu api yang dipasang di belakang trak tersebut.

Pada kapasiti penuh, dapur tersebut boleh diisi dengan kayu api yang mencukupi untuk menggerakkan trak itu sejauh 1,280 kilometer.

Lelaki itu mendakwa, traknya boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam dan dia menamakan kenderaannya El Kamina yang bermaksud dapur dalam bahasa Finland.

Teknologi dapur kayu itu yang pertama kali digunakan pada kenderaan semasa kekurangan bekalan petrol ketika Perang Dunia Kedua, didapati lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel. - Agensi

Fakta : 
  1. Di beri nama EL Kamina Bermaksud Dapur.
  2. Bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api.
  3. Dapur tersebut telah dipasang di belakang kenderaan terbabit
  4. Boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam.
  5. Jenis enjin - V6 trak jenis Chevrolet.
  6. Pada kapasiti penuh trak itu mampu bergerak sejauh 1,280 kilometer.
  7. Di cipta kerana harga pertol terlalu tinggi.
  8. Teknologi ini telah di gunakan ketika perang dunia kedua.
  9. Lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel.
  10. Ibu Negara Finland adalah Helsinki.

"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

13 comments:

NuRuL HoNeY said...

kreatifnye orang 2..kalau semua pakai kayu api ganti dengan minyak lagi best..tenaga alternatif bagi menggantikan penggunaan minyak..

NuRuL HoNeY said...

kreatifnye orang 2..kalau semua pakai kayu api ganti dengan minyak lagi best..tenaga alternatif bagi menggantikan penggunaan minyak..

Farhana Jafri said...

trbaik la!! hope engineer wt mcm ni pas ni.. xpyah nk tnsion kpla otak nk cri ptrol! hehehehe

jemput singgah ANASAURUS :)

*47!k@# said...

haha..terbaek! nak buat gak mcm ni..tp tk kuar asap karbon dioksida ke??bako2 ni..

KAMIHIDUP said...

style. :)

putri noor syamimi said...

nombor sepuluh, ibu negara finland tu macam takde kena mengena pun..hakhak.xD

Eri-chan said...

kreatif tapi tanak guna..kalau boleh yang pakai air je..hehe

Solihin Zubir said...

sggup ka kalo nk dating naik keta camtu? hehehe...

naulofah said...

heheh..nak dengar tak tips dlm hubungan..

http://naulofah.blogspot.com/2011/04/chapter-2-en-fix-it-dan-home.html

Ainnur Afiffah :) said...

huuu~ memg jimat tapi tak comeyy la..hehe

Ain Zulaikha said...

HAHHAHA! ain cadangkan supaya kereta nanti guna cahaya matahari dan kuasa bulan..

** sorry sangat sebab lambat reply jejak :) peace.

cik fza said...

pakai angin lag senang.
free je :P

ciknabil-a said...

wah!! terbaiklah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat