Sunday, June 26, 2011

Kerana manisnya manggis.


Buah Manggis. -ihsan google-

Semalam dan pagi tadi, mama suruh aku gi panjat pokok manggis. Klo di ikotkan, sudah 2 tahun lebih aku x panjat pokok termasuk la pokok manggis ni. Skill untuk memeluk dan memanjat batang pokok agak menjengkel kan ..mula2 mmg gayat sikit. Buah ujung2 mmg aku tak ambil la.. capai yang mana sampai je.. Pokok manggis adalah antara pokok yang mudah untuk di panjat. Tak caye, cuba try.



Buah manggis sedap dan manis. Aku pasti, sume penah makan buah berkulit hitam ni. Hitam bukan sebarang hitam, luarannya hitam, tetapi di dalamnya sangat putih. Buah manggis ini agak manja. mudah untuk di petik. Pegang je dan tercabut buah dari tangkalnya. Perlu di ingat, buah ini juga tak boleh jatuh dari tempat tinggi kerana buah akan menjadi keras.

Buah manggis paling sedap di makan ketika di atas pokok. Siyes tak tipu. Petik je buah yang masak, then makan. Rasanya sangat syahdu dan mengasyikkan. Kulit manggis yang korang makan tadi, campak je kat bawah. Terasa sangat2 puas... *bagi aku ler...

Khasiat buah manggis seperti berikut :


1. Berak berdarah
Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat aiar tebusan itu. Amalkan meminumnya selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.

2. Ulser mulut dan bengkak usus
Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum. Di samping itu juga ia boleh disapu pada luka.Bahagian kulit pula jika dikeringkan dan dikisar boleh mengatasi masalah cirit birit. Air rebusan kulit manggis boleh merawat penyakit bengkak usus.

3. Luka dan gigitan serangga
Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus dan dibancuh dengan sedikit minyak ditekap di pada luka atau bengkak gigitan serangga.

4. Buasir
Keringkan kulit buah delima dan kulit manggis,dibuat serbuk untuk amalan minuman.

5. Memutihkan Gigi
Kulit manggis dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.


6. Cirit-birit
Kulitnya diasah pada pasu dan pati airnya diminum.

7. Lancar Haid
Air rebusan akar manggis digunakan untuk melancarkan haid.



8. Sembelit
Getahnya digunakan untuk melegakan sakit sembelit tetapi ia boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. Hati-hati, keracunan ini boleh menyebabkan kematian jika diambil dalam sukatan yang banyak!

9. GOUT ?
Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni. Caranya
  • Ambil buah manggis
  • Kupas
  • Isi dia enak di makan
  • Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering
  • Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.
  • Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.
  • Selamat Mencuba. Insyaallah!…
10. Penyakit kencing manis :
Jangan lupa daun manggis tu boleh buat ubat untuk orang2 yang kena penyakit kencing manis..Petua.. yang baik…
  • Ambil 2 atau 3 helai daun manggis
  • Basuh bersih2 daun manggis
  • Rebus daun manggis tadi sampai air menjadi kehijaun macam teh hijau.(rasa macam air teh)
  • Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis.
  • Pergi jumpa doktor periksa darah anda pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.
Kredit towww.manggis.biz

Esok, kene mesin rumput dalam dusun durian pulak. Safety first  ! so kene la pakai helmet ketika aktiviti pembersihan. Sapa nk ikot aku p dusun durian... ala kat bote je...

"the ones that love us, never really leave us "


Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

9 comments:

eton said...

terliur tgk manggis.. hehehe

missSenget said...

mencabar sungguh tgk bnda cmni malam2 gini..haih..!!

CikHaniBhulat said...

byk rupanya kasiat manggis ni..hani tahu mkn je...dulu kuat mkn buah, skrg xdah..xtahu nape =]

KAMIHIDUP said...

manggis, lamanya tak makan.

Zik said...

sedapnya manggis..... manis tak ingat... makan sampai overdose..haha

syud said...

bestnyaaaaaaaa...

nak ikotttt...>,<

hehehe

Nur Syatirah Shuib said...

macam copy paste je..haha

Munna said...

hok aloh...ape ke teruk bebenor si copy paste tu...nk copy info ke hape leh tahan lagi. ini pasal org panjat pokok manggis pun nak copy paste?

meroyan sungguh insan ber'bakat' tu!

Mrs. Farhan said...

shahjiehan pon org bote mcm ashraf ke??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat