Thursday, June 30, 2011

Perhimpunan Bersih 2.0


Sejak kebelakangan ini, media dan kawan-kawan aku di facebook sibuk mengatakan mengenai BERSIH 2.0. Penat jugak la aku men"google" benda ni. Rupa-rupanya BERSIH 2.0 adalah perhimpunan secara aman pada 09/07/2011. Mereka berkumpul untuk menyatakan hasrat ketidakpuasan terhadap sistem politik negara kita. Mungkin luahan hati mereka tidak di dengari oleh pemimpin negara ini, lantas menggunakan jalan terakhir dengan melakukan perhimpunan BERSIH 2.0. - Laman rasmi BERSIH 2.0


BERSIH bermula sebagai Jawatakuasa Bertindak Bersama bagi Reformasi Sistem Pilihan Raya yang ditubuh pada bulan Julai 2005.  Objektif gabungan tersebut adalah untuk memperjuangkan pemulihan yang menyeluruh untuk sistem pilihan raya di Malaysia.

8 Perkara Tuntutan

1.  BERSIHKAN  SENARAI UNDI.
2.  MENREFORMASI UNDI POS.
3.  GUNA DAKWAT KEKAL.
4.  MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI.
5.  AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL.
6.  MENGUKUHKAN INSTITUSI AWAM.
7.  HENTIKAN RASUAH.
8.  HENTIKAN POLITIK KOTOR.

Kesan Positif BERSIH 2.0
  • Pilihan raya akan di adakah secara telus dan adil. 
  • Berkemungkinan Kerajaan baru dapat di bentuk.
  • Sistem baju berwarna kuning laris di pasaran.
  • Gejala rasuah dapat di kurangkan
Kesan Negatif BERSIH 2.0
  • Negara akan berlaku huru-hara dan darurat.
  • Pergaduhan lebih banyak berlaku.
  • Fitnah memfitnah kian berleluasa.
  • Ramai aktivis akan di tangkap.
Perlukah anda mengikuti dan menyokong BERSIH 2.0 ini? aku tak sokong dan aku tak bantah, korang semua dah besar, fikir-fikirkan ...Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yang menang menentang Taiwan semalam 2-1.
Good luck Malaysia.

Ini bukan perhimpunan Bersih. Ini di stadium..ok?

"the ones that love us, never really leave us "


Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

4 comments:

Mun said...

btol tu..fikir2kan.. masing2 dah besar panjang..

Unknown said...

ini la negara demokrasi

faizalnizam said...

masalahnya ialah AJK dlm Bersih 2.0 tidak mencerminkan BERSIH sebagai sebuah NGO sebab.. dalam AJK bersih sumernya orang yg ada kepentingan politik kepartian.

macam mana nk bersih macam tu?

Dear Yayah said...

taktau la.. =.='

tak pandai nak pikir lagikk.

mampu tgk je dulu.:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat