Tuesday, June 14, 2011

Tony Blair baca Quran setiap hari


 Tony Blair

Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.
 
Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."

Beliau membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna.

Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun. - Kosmo

Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu.

Selalunya, bila di timpa musibah barulah kita mengambil Al-quran dan yasin lantas membacanya. Betol x? Hello kawan!! main facebook boleh pulak setiap hari, tapi tak kan la nak baca quran sekali sehari pon payah...!! fikir-fikir dan sebarkan...

5 Soalan untuk kita jawab.
  1. Adakah kita tidak tahu membaca Al-quran ?
  2. Adakah kita terlalu sibuk dengan dunia? 
  3. Adakah kita membaca terjemahan al quran setiap hari? 
  4. Adakah kita mengambil pengajaran dari Al-Quran?
  5. Bagaimana pula dengan anak-anak kita? adik beradik kita? kawan-kawan kita? Adakah kita pernah mengajak mereka untuk membaca Al-quran?

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram.
(al-Ra`d : 28)

"the ones that love us, never really leave us "


Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

15 comments:

KAMIHIDUP said...

betul ke ni sj?

Amanie Khairunnisa said...

pangg ! rasa penampar kat pipi sendiri. patut malu pada diri sendiri =.='

Nazihah@Jiha said...

Allahu rabbi..

muhasabah diri, syukran

Honey Bhulat said...

ouch,biar benar...

nurmisnan said...

sekarang ada jual quran digital
belilah.. tak rugipun
siap ada terjemahan bila kita
menunjuk surah dan ayat...

bila hati mula beringat
mulut terkumat membaca
bagaikan air embun menitis... indah + tenang

amna said...

subhanaAllah..
bila baca title seperti tak percaya namun kalau ianya benar,alhamdulillah..
hanya Allah yang berhak mengurniakan hidayah kepada setiap hamba yang diingini-Nya ;')

Zik said...

betul tuh aku nih sendiri sibuk dengan urusan duniawi... masyallah..

senyumSOYA said...

saya kena tambah usaha lagi... nak kenal tuhan dan Islam..insyaALLAH...

mereka yang beragama lain pun boleh faham al-quran.. kita pun kena jugak..usaha2 dan jgn putus asa..

Anonymous said...

kadang2 kita terlalu alpa dengan dunia sedangkan bekalan kita di sana nanti kita abaikan....

zanafahmi said...

harap2 Tony dpt hidayah, siapa tahu? Al-Quran ni kalau tak baca, pandang pun dah dpt pahala tapi ada ke kita buat? nak baca pun payah lagi la nak tengok, tah kat mana letaknya...

Annisa said...

terbuka hati dia mendalami agama lain.

alhamdulillah.

Kira Sakura said...

Alhamdulilah.. Al Quran masih menjadi keutamaan... =)

titan said...

jadi, marilah membaca setiap hari ekk..

nahmy said...

assalamualaikum & salam ziarah. semoga 'mukjizat' paling nyata itu tidak kita biarkan 'org lain' yg dapat...sesamalah kita merebutnya!

Liza @ Adzriel AB said...

sama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat