Monday, April 11, 2011

Batu Hidup - Batu Nisan itu hidup


Selalunya batu nisan di perbuat cantik2 kan. Macam-macam bentuk dan rupa. Tujuannya hanyalah untuk menandakan itu kubur si Polan bin si Pulan. Batu nisan ini di jadikan sebagai trent, dan juga ikutan. Jika, kubur sebelah tu letak batu nisan yang lawa, maka waris jiran itu pon nak jugak batu nisan yang lawa. Maka mereka pon berlumba-lumba untuk membelanjakan sejumlah wang untuk menempah batu nisan yang cantik.

Contoh gambar batu nisan yang cantik

Bapak aku pesan, jangan letak batu nisan macam tu, cukup sekadar letak batu di sungai. Batu yang comel tu, macam pic di bawah.


Contoh batu sungai

Bapak aku cakap, jika batu ini hidup, di buat sebagai batu nisan, maka batu ini akan turut beramal mengikut amalan si mati.

Batu ini hidup, tapi dengan syarat, jangan ketuk batu tersebut.

Lagi 1 perkara, bapak aku pesan, jangan letak binaan tepi2 kubur tuh. Binaan tersebut mmg nmpk seperti cantik, tapi hakikatnya, binaan tersebut berlebih-lebihan, dan makan ruang tanah wakaf orang lain. Jadi, kecenderungan untuk mengambil hak tanah orang lain sangat tinggi. Kesimpulannya, binaan tepi kubur itu sgt tidak di galakkan. Bapak aku ade bagi hadis tentang ini,  tapi aku lupa, maklum la org banyak silap dan byk buat dosa. : D . 

Binaan tepi kubur, kadangkala menyusahkan.

Aku tulis ini berdasarkan apa yg aku dengar dari bapak aku. Maka aku sampaikan ilmu ini kepada anda semua. Jika tersalah atau silap, sila tegur dan komen dengan cara yang berhikmah. Jika nak buat penambahan tentang artikel ini, sangat di alu-alukan. Aku akan edit balik. ok? Di bawah ini, aku lampirkan bukti keratan akhbar yang menyatakan bahawa batu nisan ini hidup.


GUA MUSANG – Penduduk Kampung Batu Melintang dekat sini terkejut kerana batu-batu nisan di sebuah kubur lama di kampung itu didakwa hidup apabila saiznya semakin membesar dan meninggi.

Kubur tersebut yang dikatakan wujud sejak 200 tahun lalu, menyemadikan penduduk tempatan pada zaman dahulu.

Kini ia sudah tidak digunakan lagi setelah perkuburan baharu disediakan di Kampung Kuala Sungai tiga tahun lalu.

Sejak penggunaan tanah perkuburan beralih ke kubur baharu, kubur lama yang menempatkan hampir 150 jenazah penduduk beragama Islam itu kini terbiar dan dipenuhi pokok-pokok hutan.

Sebelum ini, menurut penduduk, batu- batu nisan itu memang telah dilihat membesar, namun tidak pernah dilapor- kan media.
 
Batu-batu nisan di kawasan perkuburan itu memang besar dan tinggi sehingga ada yang hampir menyamai tinggi orang dewasa. 

sumber


 
Ini dia batu nisan hidup,Tinggi menyamai tinggi org dewasa.


"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

11 comments:

Siti Fatimah Fuzz said...

thanks for sharing....cik siti pun dok ingat macam tuu gak..sebab batu nisan lawa2 nak buat apa???bukannya boleh pakai pun...sekadar untuk menunjuk nunjuk....so, simple is better....n batu sungai sebagai batu nisan is the best way..sebab batu sungai tahan lama..n susah nak pecah...kalau batu nisan yang biasa org guna tuu, senang sangat pecah....^_^...

nur amalina athman said...

wah..tingginya batu nisan tue..

yg binaan tepi kubur tue..baru2 nie mak ada gtau gak..tak boleh buat mcm tue..

Solihin Zubir said...

pergh! tinggi gila batu tu tumbuh.. gerun plak tengok..

Annisa said...

Assalamualaikum,

thanks for sharing tentang batu nisan ^_^

lupa bukan buat banyak silap or dosa..

sebab tidak diamalkan..

ilmu dan maklumat tak sama..

ilmu, sesuatu yang kita akan ingat bila diamalkan..

maklumat, sebaliknya..

info yang ayah sj bagi tu, ilmu sebab sj ingat dan certain yang sj tak ingat tu..maklumat.

jaga diri :)

fa-in said...

batu gitu mmg hidup..dia pun makhluk Allah juge.

Unknown said...

batu nisan hidup tu nanti boleh membesar ke? or kalau batu sungai ja dah dikira as batu hidup?

Unknown said...

ye,,betul3..ibu ika pon pesan tak payah buh batu yg tepi tu..btw tanx for sharing..ika share kt fb ye :)

shafiqahkay said...

nice info.... tq.

Amanie Khairunnisa said...

eii tingginye et batu tu. seram jugak. =.='

Tuan Hijau said...

menurut sumber angah taw...batu yang 2 adalah ada pemilik....yg dijaga oleh hamba dia....

amna said...

info baru ni ^^
x hairan lah kan kalau batu nisan tu membesar, sbb dia pun hidup mcm kita :')

smile always :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat