Credit pic to : MZM-FC
Rasulullah s.a.w pernah bercerita mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia berasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya.
Tanya lelaki itu : Siapa kamu?
Jawab makhluk tadi : “Kamu tak kenalkah pada saya? Sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam”. Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu ialah Al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah SWT. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut.
Terkejutnya ayah dan ibunya sambil berkata : “Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja, tapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?”. Jawab malaikat, “Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran.”
Masya-Allah..
Benarlah Al-Quran adalah mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW dan Kalam Allah SWT yang suci. Bukan sahaja membaca satu huruf dari Al-Quran mendapat 10 ganjaran pahala, malahan dapat menjadi ‘peguam’ kita di hadapan Allah SWT kelak. [SUMBER]
Aku tahu, ramai rakan-rakan diluar sana masih lalai dengan dunia. Ada yang dah lama tidak membaca Al-quran, ada juga yang dah lama tidak memegang Al-quran. Biasalah, sekarang nih, facebook menjadi keutamaan lebih dari membaca Al-quran.
Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, elok la kita mula berjinak-jinak membaca Al-quran. Banyak kelebihan apabila kita membaca Al-quran. Antaranya, hati kita akan menjadi tenang. Jika malu nak tegur rakan-rakan kita, share artikel ini dekat facebook mereka. Mudah-mudahan dengan perkongsian ilmu ini, mereka ada rasa ingin berubah.
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
17 comments:
perkongsian yang baik nie....
perkongsian yang baik nie...
wau...
iema xpernah lagi naek pengangkutan awam orang baca alQUran....
selamat pagi shah....
terima ksih dik, memang tak diakui kak sedikit lalai sebelum ini, ambil kesempatan bulan y mulia kita membudayakan al quran..
mohon copy gambo ni :-)
wow..., hurm..termenung aku
Alhamdulillah....
baek entry nie..
baek lg klu kita semua umat islam mengamalkanny....
alhamdulillah..suka tengok gambar tu.. semoga kita dapat bentuk generasi yang membaca dan mengamalkan al-quran.. insyaALLAh..
mulakan dgn diri dulu.. ye dak? ^^!
azam utk Ramadan tahun ni nak khatam al-Quran.. agak2 berjaya tak? just wait and see. hehe
1 hari 1 page bace.. harus!! hik3.. anyway, thanks remind.. ;)
bkn hnya bulan ramadhan je beribadah bnyk , bulan lain kene la jugak buat bnyk . .
al-quran bkn hnya dibaca sahaja . . tp juga perlu dihayati dn diamalkn . . kalau hnya baca x jd aoa la yob . . tp pasti jugak akan dpt pahala membaca . .
moga kita semua dilimpahi rahmat-Nya :)
fuhh, gambar macam tu. susah nak dapat tu..
jgn bulan posa ja baru kalut nk baca quran.. ye dop? heheh..
nice entry..thanks sharing.. share kt fb.klu takde yg mngingatkn hmpir semua mnusia akn lupa & trleka,ble ade yg mengingatkn insyaallah manusia akan sedar & mnginsafi diri.
beruntungnya bagi sesiapa yang memperoleh 'perhiasan' tersebut :')
p/s:terima kasih atas perkongsian mr. shahjiehan
bagusnya lau kt msia cmni.. heh.. mesti aman dunia..
Alhamdulillah....sentiasa amalkannya....hope tidak berhenti selagi nyawa masih dibadan....
terima kasih atas perkongsian.. :)
Post a Comment