Teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu terpaksa naik basikal pagi-pagi ke sekolah untuk mengambil keputusan pemeriksaan.tapi tu untuk result PMR. Kemudian g amik result SPM, naik bas Perak-Kedah (Pi awai sehari).
Punya la exited, maklum la, nak lihat sendiri apa hasil usaha kita selama belajar di sekolah .Sekarang dah mudah calon juga boleh semak keputusan SPM 2010 melalui SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS.
- Taip SPM RESULT [NO KAD PENGENALAN] hantar SMS ke 15888
- contoh : SPM RESULT 701010011010 hantar SMS ke 15888
Tapi ingat perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama.
Buat Pelajar SPM 2010, semoga berjaya, apa yg kita dapat adalah segala hasil usaha kita. Mintak doa dan restu Ibu bapa sebelum nk g amik result~ Korang ni makin senang, bleh cek guna nset je!! maju sungguh, xperlu la pusah payah nk g naik bas dan sebagainya.
Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Perjalanan hidup masih jauh lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat.
Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun SPM tidak cemerlang.
Sumber Denaihati.com
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik