Monday, January 31, 2011

Banjir Negeri Sembilan

update ~!! 

Kuasa Tuhan yang maha esa, negeri yang SJ rasa x pernah di naiki air, tetapi hari ini (31 jan 2011) banjir berlaku di empat buah daerah di Negeri Sembilan. Adakah ini petanda akhir zaman?...

Kira-kira 1,921 penduduk dari empat daerah di Negeri Sembilan dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini berikutan beberapa kawasan di daerah tersebut dilanda banjir akibat hujan sejak semalam. 

Jurucakap Bilik Gerakan Daerah Tampin berkata, seramai 1,545 mangsa di daerah kecil Gemas dan daerah Tampin dipindahkan ke 13 pusat pemindahan di dua daerah itu.

Katanya, 416 mangsa dipindahkan di Sekolah Tunku Abdul Rahman, Dewan Kampung Tiong (64 mangsa), Balai Raya Kampung Ladang (4), Masjid Kampung Londah (38), Dewan Sungai Kelamah (260), Sekolah Agama Rakyat Felda Jelai 4 (125), Balai Raya Kampung Parit Buluh (325) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalor (150).

Pusat pemindahan lain ialah di tokong Buddha Air Kuning (25), Sekolah Kebangsaan Ladang (54), masjid Kampung Gedok, Gemencheh (20), Masjid Kampung Sungai Dua, Gemencheh (35) dan satu pusat pemindahan di daerah Tampin di surau Kampung Keru Hilir, Repah (29).

Sementara itu, di daerah Jempol 235 penduduk dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan banjir di daerah itu. — Bernama


"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

3 comments:

Ujang9897 said...

pergh...hujan jer skarnag nie wei

Anisa Hang Tuah said...

kat johor dah banjir..
:(

Ieda_ishida said...

asyik ujan jew.. mmg la banjir...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat