Mesti ramai yang terkejut, aku tgk wayang kan.. hahhaa.. aku p semalam sorang-sorang je kot. tgk cite Nur Kasih & Pirates of the Caribbean 4.Puas gile... hahaha... tapi penat la... Mujur cite die best. Haram tengok Wayang walaupon cite Nur Kasih !! haaa? terkejut aku ... Lantas aku cari Artikel di internet dan jumpa Hukumnya di SINI..
Soalan: Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat. Contohnya pergi menonton wayang besama isteri filem Nur Kasih.
Jawapan: Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya. Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”.
Syarat-syaratnya:
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya. *citer Nur Kasih ok je.. banyak unsur-unsur islamik.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah. * aku tengok kol 6 ptg yea.. Pastu solat Maghrib kat surau.. ok la kan..
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap. * aku p tgk sorang-sorang yeeee!
Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr. Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
Tq Media siber. Info anda membantu aku. Nak tgk cite Pirates pon boleh, tp pmpn dalam tu sexy la.. terdedah sana sini, klo nur kasih tu, dapat la tgk nur amina dan mia sara... hehehe..
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
19 comments:
ooo macam tu. tapi filem genre macam nur kasih ni x banyak la. banyak yg lagha je =.='
btol tp da kalau pegi tmpat gtu.. sume org kata lagha...
blog ni catat the top list UPDATE blog....asyik2 lawat blog ni la kan...aduiii...
ingt ada hukum baru plak utk tgk wayang...nasib memang HARAM lah...
bak kata senang cerita, baik donlot cita tgk kat umah ja...ajak adik2 tgk skali...lagi bagus...huhu...
p/s:bukan menggalakkan tgk cita lah...banyk perkara lagi kita boleh buat...apa2 pun...best gak trailer NUR KASIH...hai..bila lah boleh donlot ye...blog KOMPAS ni bolehlah wat donlot2 link pulak pas ni...macam menarik!!=)
er.. pirates mcm mana pula yer... ok tak :>
klu tngk wyg sambil wat wyg..=,=??
Baca sampai muntah! : Perabot Kulit Kitar Semula
ehem, pirates memang sexy ;) baru je tgk tadi ^_^ tapi ada one word dalam tu menarik perhatian ;)
nk tgok johny depp.. tgu donlod ja lah..hhihhihi
boleh ka nk laksanakan syarat2 tu kt msia ni?
rsanya kena tukar kerajaan dlu kot... =)
dah lama tak tengok wayang..
Saya memang tak suka tengok wayang.tak taulah kenapa.
Tengok kat TV jelah.
aku bawak anak tonton citer kartun je yeop.. bulih la kot ye.. hihihihi
apa hukum, tengok bukan muhrim berpegang2 bersentuh2an ?
niat tak menghalalkan cara :)
ohh ohh! saya dah berbulan2 xtengok wayang! sedihnyerr! T~T
wuu baru pegi ritu.
selalu gak tgk wyang...tpi selalunya tgk ngan mmber laki je...
tak g tgk pun lagikk. +___+
best ke nur kasih ni?
Terima kasih atas artikel berguna :) Pun begitu saya kurang bersetuju jika jalan ceritanya sahaja menjadi ukuran.
Bagaimana jika pelakon bukan mahram yang berlakon sbg suami isteri berpelukan & berpegang tangan? Bagaimana dgn babak di rumah di mana watak pelakon wanita tersebut tidak memakai tudung/menutup aurat?
Saya yakin jika Tuan Sheikh Yusuf ditunjukkan filem Nur Kasih & banyak lagi filem Melayu 'Islamik' kita, pasti Tuan Sheikh Yusuf geleng kepala & tepuk dahi.
Filem2 Iran atau filem2 yang tidak membuka aurat atau tiada adegan haram yg boleh menimbulkan fitnah mungkin boleh dipanggil filem Islamik. Nur Kasih - Jalan ceritanya sahaja yang Islamik, tetapi filemnya tidak Islamik.
Pandangan peribadi sahaja. Terima kasih..
hurmmmm.....tengok kungfu panda piun lagha jugak ke????
Post a Comment