Monday, May 16, 2011

Aku seorang Guru Pelatih.


Aku seorang guru pelatih biasa. Yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan ataupun kehebatan yang ingin ditonjolkan. Apatah lagi untuk dibanggakan. Namun, aku mempunyai semangat yang kental dan semangat yang tinggi apabila aku keluar untuk menjalani praktikum di sekolah. Apa itu praktikum? Ha, bagi yang tidak mengetahui, praktikum merupakan gabungan bagi perkataan praktikal dan juga kokurikulum. Maka, gabungan kedua-dua perkataan ini, lahirlah perkataan praktikum.

Rata-rata guru pelatih seperti aku berasa amat gementar apabila pertama kali akan keluar untuk menjalani praktikum di sekolah. Alhamdulillah, sepanjang aku menjalani praktikum kali pertama selama sebulan di SK Sri Aman, semuanya berjalan dengan lancar.

“ Cikgu, cikgu……Cikgu dah kawen dah ke?”


“Cikgu, dia pukul saya…….”


“Cikgu, hari ni cikgu masuk kelas tak?”


“ Cikgu, nak no fon cikgu? facebook ke ?”

Semuanya itu merupakan soalan-soalan standard di mana rakan-rakan seperjuangan aku yang lain juga menerima soalan yang bertubi-tubi seperti itu. Namun, apa yang mengharukan aku ialah apabila pada minggu yang terakhir, aku menerima soalan daripada murid yang paling pendiam sekali di dalam kelas tahun tiga tersebut.

“ Cikgu, cikgu……..kalau cikgu ingat kami, cikgu tengoklah gambar kami. Yang cikgu amek kat dalam kelas tu…Tapikan cikgu, cmner pulak kalau kami yang ingat cikgu. Kami nak tengok pe..?”

Aku hanya mampu tersenyum dengan persoalan tersebut. Mana tidaknya, selama sebulan aku di sekolah tersebut, bermacam-macam denda yang pernah aku lakukan di kelas tersebut. Hinggakan ada murid yang menangis di dalam kelas tersebut gara-gara denda yang aku kenakan ke atas murid tersebut. Semuanya yang aku lakukan adalah untuk kebaikan masa depan mereka. Pada aku, mana mungkin mereka akan mengenang ataupun mengingati aku. Tambahan pula, mereka masih kecil lagi. Baru berumur Sembilan tahun dan akukan hanya guru pelatih yang tidak punya apa-apa. Yang hanya singgah sebentar sahaja dan mempunyai perjalanan yang masih jauh dalam profesion ini.

“ Hahaha….kamu semua jangan risau. Selalunya dua, tiga minggu je kamu semua akan ingat kat cikgu. Paling lama pun sebulan…”

Masa berganti hari, berganti bulan. Aku kembali semula ke institut perguruan untuk meneruskan pembelajaran seperti biasa. Aku seperti mereka juga, Ada guru, ada rakan-rakan, ada peperiksaan. Asasnya sama, cuma struktur organisasi dan formatnya yang sedikit berbeza.

Suatu hari, aku mempunyai urusan yang agak penting untuk pergi semula ke sekolah tersebut setelah sekian lama aku tidak lagi pergi ke Sekolah Kebangsaan Sri Aman itu. Selepas tamatnya kuliahku pada hari tersebut, aku terus bergegas menunggang motosikalku untuk pergi ke sekolah tersebut. Mujur bagiku kerana kuliahku hari ini tamat lebih awal daripada hari-hari sebelumnya.

Sesampai sahaja aku di hadapan pintu pagar sekolah tersebut, aku terus melangkah masuk ke dalam sekolah tersebut dan menyelesaikan urusanku di pejabat sekolah tersebut. Sekitar jam pukul 1.30 tengah hari, aku terus bergegas untuk pulang semula ke institut memandangkan pada pukul 2.30 petang nanti, aku mempunyai Kejohanan Olahraga dan aku ditugaskan untuk menjadi pegawai bagi kejohanan tersebut. Hanya beberapa langkah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah, tiba-tiba tangan kiriku ditarik oleh seseorang.

“Cikgu……!!! ”

Masyaallah. Terpacul perkataan itu daripada mulutku.

“ Cikgu, cikgu….Cikgu cakap saya akan ingat Cikgu selama dua, tiga minggu je. Tapi sekarang dah berbulan-bulan dah. Tapi, saya masih ingat Cikgu lagi…Bookmark yang Cikgu bagi aritu saya masih simpan. Saya tampal kat meja belajar saya. Hari-hari saya tengok bookmark tu. Ada nama Cikgu kat situ”

“ Owh….” Aku membisu seribu bahasa. Masyaallah, kanak-kanak ini masih ingat kepadaku rupanya dan bookmark yang kuberikan kepadanya benar-benar meninggalkan kesan kepada anak kecil ini.

“ Cikgu, cikgu…boleh tak kalo saya nak pimpin tangan cikgu. Pastu kita jalan sama-sama sampai keluar pintu gate tu?”

Aku hanya menurut sahaja kemahuan anak kecil itu. Mujur bagiku kerana sudah tidak ramai lagi murid-murid lain yang masih berada di kawasan sekolah tersebut.

“ Ok, cikgu..terima kasih Cikgu. Saya akan ingat cikgu sampai bila-bila. Saya pasti tak akan lupa cikgu. Kalau saya dah jadi doktor gigi, cikgu datanglah ke klinik saya. Bye…”

Aku hanya tersenyum dan membiarkan anak kecil itu berlalu pergi dengan penuh senyuman. Aku tahu dia pasti berkongsi kegembiraan itu bersama-sama kawannya esok di dalam kelas itu. Aku hanya guru pelatih yang biasa ini hanya mampu berdoa semoga cita-citanya menjadi kenyataan. Aku berharap semua muridku akan berjaya di dunia dan akhirat serta mampu menjadi insan yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain.

Namun, apa yang ingin ku ungkapkan di sini ialah betapa seorang guru itu mampu meninggalkan kesan dan juga pengaruh yang sangat besar dalam diri seseorang murid itu. Guru merupakan insan kedua selepas ibu bapa mereka di sekolah. Setiap gerak geri dan tingkah laku guru akan diperhatikan oleh murid-murid. Bagaimana pula sekiranya guru tersebut berwatakan seperti artis? Adui, pening dibuatnya.

Maka, buat guru-guru dan juga bakal guru sekalian, jagalah tingkah laku anda dan ikhlaslah dirimu untuk mendidik anak bangsa agar segala ilmu yang dicurahkan itu dapat dimanfaatkan dan diredhai Allah. Jangan dek kerana setitik nila, rosaklah susu sebelanga.

Semoga Allah SWT memberkati kalian.

Akhir kata, SELAMAT HARI GURU 2011…….(“,)’


Aku seorang guru,

Ku harap agar dapat ku tabur ilmu sepanjang hayatku,

membentuk murid agar menjadi insan yang berguna,

kerna kalau mereka berjaya,

Aku masih tetap selesa,

sebagai seorang guru pelatih yang biasa,

yang tidak punya apa-apa,

namun akan ku bangga jua,

tatkala mereka berjaya.

Moga aku akan terus tabah hingga memasuki dunia guru yang sebenar.

Biar bergunung ranjau mendatang,

biar api yang terpaksa ku redah,

biar nyawa jadi taruhan,

Moga kuterus ikhlas dalam profesion keguruan ini.

bak kata pujangga, kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di pinggir pantai…

SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru aku di sekolah rendah dan juga menengah. … Terutama sekali  Guru-guru Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah. Saya wakil semua bekas Pelajar sekolah ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih, jasa kalian dalam mendidik dan mengasuh kami tidak akan kami lupakan. Tidak dilupakan juga guru-guru di seluruh Malaysia mahupun bakal-bakal guru. Didiklah anak-anak bangsa dengan ikhlas. Moga ilmu yang kalian berikan mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t.


"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

26 comments:

Tuan Hijau said...

selamat hari guru

Anif Abdullah| AA said...

entry kesukaan saya :)
jom bc entry baru anif,pasal hari guru :)

Amanie Ashraff said...

Shah ni bakal guru la ye. :)
anyway menarik entry sempena hari guru ni. selamat hari guru :)

Unknown said...

Selamat Hari Guru utk semua guru2 yg seperti cikgu ni. Sebab apa saya kata begitu? ada setengah cikgu yg tak bertanggung jawab, mengajar....seolah melepaskan batuk ditangga...ini berlaku disekolah suami saya. Tapi kisah cikgu ni saya rasa tersentuh pula...

Anonymous said...

selamat hari guru... :)

cik heroin said...

wah selamat hri gruuu. ^^ klo ikt pnglman sy as a stdent, hohho, gru peltih ni lg mnrek phtian dr ckgu2 biasa ni. haha

Anonymous said...

kau bakal cikgu apa nnt? ajar subjek apa?

nORmAL said...

Selamat hari guru...

tahniah anak murid awak masih ingat dengan awak lagi... jangan pandang remeh jiwa budak-budak.. macam saya walaupun sudah 12 tahun saya tidak ke sekolah atau sudah lama bertahun tak jumpa cikgu pratikal saya itu, tapi saya masih ingat cikgu praktikal saya .. sebab mungkin dia the best in the world.. macam awak mungkin sebab awak cikgu yang paling baik untuknya itu sebab dia sentiasa ingat awak.. itu bermakna awak dah jadi cikgu yang terbaik untuk dia.. taniah sekali lagi.. semoga berjaya mendidik anak bangsa mu...

Anonymous said...

erkkkkkkkk

zacky786 said...

btol .. ilmu yg cikgu ajar akan sentiase d'dlm fkrn ... bergitu juga cikgu.. paras rupa muka dan nama beliau akan sentiase di kenang.. smpai bila2..

Kayun said...

selamat hari guruuuu!!!ekceli,saya tatau pulak bro sj guru pelatih jugak. heeee.

Nazihah@Jiha said...

selamat hari guru^^ terus thabat^^

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

happy teachers day dear teacher:))
may u do ur job well!

Amy Hypo said...

cant stop smiling after reading this :')
Happy Teacher's Day !

Unknown said...

selalunye kalau guru tu ikhlas mengajar semua anak murid akan ingat cikgu tu..
jadi ikhlaskan lah setiap ilmu yang cikgu2 berikan...
selamat hari guru..:)

De'din said...

selamat hari guru !
truskan berbakti apabila menjadi guru kelak..

Nurshafiraamin said...

selama mana seorang guru pergi,selama itu pelajar akan mengingati...tak kira garang,itulah yang akan dikenang dan menjadi pengajaran buat kita :)

mOon EyEzS said...

cerita betoi ka ni???? tacingnya...selamat hari guru shah!

Unknown said...

anda guru kah?

Anonymous said...

guru,
jasamu akanku kenang...
terima kasih cikgu...^_^
krna tlh mndidikku shngga berjaya..

Solihin Zubir said...

ececece.. nk habaq kata hg cikgu yg ensem la ni? heheh..

SELAMAT HARI GURU!

Anonymous said...

muahahaha...anda cikgukahhh??
z-e-r-n

arsal74 said...

Selamat Hari Guru, guru pelatih (kapai terbang? huhuhu)

mazNi mAz said...

Erk???SJ ckGu kEw??wah,,.bGoz3!!!Troskan Usaha,,.bsAr tAnggungjawAb seorAng gUru ny..,,~~Maz nk jD ckGu p xdpT,,.haha,,.~~bkN rEzeki,,.

muhammad fakhruddin said...

Selamat Hari Guru.

Saya pun bekas pelajar SBPI juga, SBPI Sabak Bernam ^_^

Anonymous said...

selamat hari guru.....huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat