Thursday, May 19, 2011

Review Nur kasih The Movie.(Latest)


Nur Kasih The Movie (NKTM) menyajikan kisah yang penuh dengan cerita cinta antara Adam  (Remy Ishak) dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam. Tiga watak yang penting dalam cerita ini. Tidak ketinggalan jugak Adik Mia sara, Datok Rahim Razali, dan juga Norman Hakim. Kisah ini sangat sedih dan tragis.  Aku review sikit-sikit je la.. nanti korang x p tgk pulak... hehhee... cite die mmg best!

Nur Kasih The Movie (NKTM) adalah lanjutan dari kisah drama bersiri Nur Kasih. Jika nak tgk  Nur Kasih The Movie (NKTM) ni anda kene tgk dulu Drama tersebut. Kisah ini memaparkan kehidupan sebuah keluarga yang penuh dengan nilai-nilai keislaman. Di selitkan nilai cinta seorang suami kepada isterinya (Adam dan Nur amina, Aidil dan isterinya), cinta seorang ibu terhadap anaknya (emak Adam dan Aidil) , cinta seorang ayah terhadap anak-anaknya (Aidil dan anaknya Miasara dan ilyass)  serta kasih seorang abang terhadap adiknya(Adam dan aidil).

Nur Kasih The Movie (NKTM) banyak menggunakan teknik imbas kembali. Di mana permulaan ceritanya di mulakan dengan babak yang mencemaskan.* bunyi letupan kuat di kawasan padang pasir*. Membuatkan aku tertanya-tanya, kenapa meletup? apa yg menyebabkan letupan tuh?  

Di pertengahan cerita memaparkan kemuncak cinta Adam dan Nur Amina (Nur). Mereka sangat bahagia kerana Nur di sahkan mengandung. Malangnya dia keguguran. Hal ini menyebabkan Adam dan Nur sangat sedih dan hiba lalu Adam membawa Nur pergi bercuti di Jordan. Ketika di sana, mereka di uji dgn pelbagai dugaan. Sehingggakan kereta api yg mereka naik berlanggar dengan Lori minyak. * tu yang meletup di awal penceritaan. 

Adam sangkakan Nur mati, lantas dia berdoa, Ya Allah, ujianMu sangat berat, Engkau uji lah diriku, ambil lah apa yg aku ada, tetapi Selamatkanlah isteriku " *mcm tu la lebih kurang ..
Alhamdulillah 2-2 selamat dan pulang ke hotel. Sampai kat hotel, baru Adam perasan cincin perkahwinan Nur hilang. Jadi Adam g balik kat tempat letupan untuk cari cincin tu.  Part paling menyedihkan bila di Adam dalam keadaan nazak di pangkuan Ibunya. Memang sangat sayu ....tapi aku x nangis la... hahaha .

Pengarah cuba untuk memendekkan cerita, dari muda hinggakan mereka tua. Bosan jgak la, sebab die cite sikit-sikit.. Jalan cerita yang masih kabur, sangat ringkas cuma aku suka cite ni sebab die terapkan nilai2 murni dlm beberapa babak… die tunjuk 1 family solat, sume baju putih-sejuk mata tgk. Si suami mengerakkan isteri, bgun solat tahajut sama2… sweetkan..



hahahhaa..  kene la p tgk sendiri... hehehe...Banyak pengajaran yang kita boleh amik dari cite ni. Biar orang kata "Muka Legend, tapi hati CUTE". Tahniah Crew Nur kasih The Movie. Lepas ni, kabir boleh la amik aku jadi pelakon. Aku nak ambil watak Aidil.. hahaha.. boleh takkkk...?

Sini pon ade review : KLIK

"the ones that love us, never really leave us "


Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

16 comments:

hana said...

aish..
konfem pi tgk sok..
haha

albanaT said...

menarik2...

KAMIHIDUP said...

tak sabar rasa nak tengok. :)

missSenget said...

pergh................


tengok tak ajak...!!!

FasiHaH SupiaN said...

hat ni baru review.........
hahaha
adehhh dpt ku rasakan drama lagi berkali ganda best....hehe

p@kcikLie said...

tertarik rasanya nak pegi menonton...siri dkt Tv dah tgk..best !..layan jugak....

Mya Edora said...

nak tengok ada exam pulak..haishh..huhu

.::Nuruljannah::. said...

cite ni bestt sangat..
maw menangis sampai sejam.. haha
tp nangis lam hati je laa.. haha
kisah cinta adam n nur hebat.!

Eika said...

bestnyer cita ni.. x berkesempatan nk g tengok.. huhuhu :(

hyemynameisrasyid said...

sedang mencari nur amina dalam kehidupan realiti.,dpt je trus nk kawin^^

Umi Asura Sanusi said...

adik mia sara comel sangat dalam movie ni...scene kejut solat tahajud tu memang sangat sweet... terus rasa macam nak kunci jam mlm ni & buat macam yang diaorang buat.

review saya pulak

review movie nur kasih

muhammad fakhruddin said...

Patutlah ada komen bercampur baur antara negatif dan positif.

btw tak boleh hukum NKTM gitu aja, tak de siapa yang sanggup duk kat panggung 5 jam semata-mata nak tengok cerita yang sama.

Penonton pun perlu bijak bezakan antara drama, filem dan novel (kes adaptasi macam Ayat-Ayat Cinta)

Jangan Kalot said...

Belum tngok lagi. hhuhu. x bleh nak review. Yup, baru bukak blog. kena banyak berusaha sikit. :D

Nora Shahaira said...

dah tengok macam-macam review..tapi, lantaklah..esok juga nak tengok

Jerung Gergasi said...

owh nak berlakon ke? keh3 ..cuba la. mane tau boleh ..klu x jadi aidil pun, jadi anak aidil pun boleh ..hua3

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

ada yang kata best ada yang kata x... hmmm : NUR KASIH TAKKAN TAMAT DI SINI….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat