Islam telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki (kecuali muka dan tapak tangan). Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.
Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.
PAKAIAN DALAM ISLAM
Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
18 comments:
i.allah i will do my best to be a good muslimah yang solehah after dis =)
tq ingatkan =)
Wanita skg lebih suka membalut aurat. Hahah. Macm balut nangka pulak
tapi sekarang ramai yg apply membalut aurat kan =.='
amat bagus entri nya :X
aurat.. sesuatu yg tdk boleh diambil mudah...
setuju, ramai yang fikir bila balut aurat tu betul.
mereka tak perasan kot...
tapi ramai yg masih tak sedar walaupun dah tahu kan :)
ada yang tutup aurat sebab trend dan fesyen.sebab tuh pakai sarung je.
stuju!!
kena faham konsep aurat~
info yg berguna dan bagus sangat
adakalanya sya pun terleka jugak.
humm.. btl2...
dh rmai dh pkai mcm ni.. dlu aku pon pkai cmtu tp bile adik aku tgur aku tukar pesen la plak.. hahaha
betul tu.. menutup aurat dgn mbalut aurat tak sama !! isk.. tak reti2 deme nih kan..
btOl tu,,..hAnya suAmi sahAja yang layAk mElihat Aurat seseoraNg waNita tersebuT,,.tapi syg,,.skrAng ny rmAi umaT Islam MenyaLahgunakaN KonsEp Aurat,,..~~
semua orang tau yg kita wajib berpakaian longgar, tp masih tetap melakukannya.. ^_^
setuju dengan hajar..ramai yang tahu pasal ni tapi buat2 tak tahu je
Sekadar utk dk0ngsi bersama...
*Tiga kategori wanita.
Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?.
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Post a Comment