Thursday, March 31, 2011

Hotel tertinggi di dunia

update ~!! 

Org berlumba2 untuk membuat banggunan pencakar langit. Itu salah satu tanda dunia nk sampai  ke akhirnya....Kali ini hotel pon nak jadi yang tertinggi. hmmm klo sekali gempa, luruh habislah banggunan2 nih...

Lepas ni mesti hotel ni ada pencabar... kan...


Ritz-Carlton hotel tertinggi di dunia

Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi hotel paling tinggi dan bangunan keempat tertinggi di dunia selepas dibuka kepada orang awam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Hotel yang berada di tingkat 102 ke-118 di Pusat Perdagangan Antarabangsa (ICC) itu mempunyai 312 buah bilik. Ia menawarkan pemandangan bandar dan pelabuhan, selain menyediakan kemudahan seperti pusat beli-belah seluas 93,000 meter persegi, enam buah restoran, spa dan kolam renang.

Menurut Presiden rangkaian hotel mewah itu, Herve Humler, Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi sebuah mercu tanda kepada kemuncak kejayaan selepas kerja keras selama bertahun-tahun.

"Kami mampu merealisasi sebuah hotel yang betul-betul hebat. Jadi kami mengalu-alukan tetamu bukan sahaja ke hotel yang tertinggi di dunia, malah hotel yang terbaik," katanya.

Selain itu, Ritz-Carlton telah meletakkan rasa mewah ke tahap yang baru dalam semua aspek. Menara hotel itu juga kelihatan jauh lebih tinggi daripada bangunan sekelilingnya. - Agensi




HOTEL Ritz-Carlton Hong Kong menawarkan penginapan mewah kepada pengunjungnya.



"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

9 comments:

Ilaasuhailaa said...

gayattttt!!!
haish..anti bena dgn bangunan tinggi2..

apdm said...

salam

nanti nak p honeymoon kat sana la..hehe

Amanie Khairunnisa said...

takutnya tinggi2. fikir keselamatan jek :|

Solihin Zubir said...

mcm nk tumbang ja aku tgok..

kindergartenlibrary said...

memang tinggi !!!

Honey Bhulat said...

gayat!!!!tepi laut lak tu..tumbang x[asal jew..hehehe...

nabByla said...

amboih! tgginya hotel. :D

qinaysf said...

mak aii,tinggi nak mati.tkut pulak tengok.

Unknown said...

xmampu nak p huuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat