Monday, March 21, 2011

Lagi artis wanita mula bertudung~

update ~!!

Pagi ini bermula dengan ceria, aku terharu melihat salah seorang artis tempatan mula berjinak2 dalam pemakaian tudung.  Siapa x kenal dengan Irma Hasmie. Beliau mula bertudung sejak kembali dari tanah suci Mekah. Alhamdulillah, moga menjadi ikutan para artis wanita yang lain...

Nampak maniskan~... kan...^_^


SETIAP mata tertumpu sejenak tatkala susuk tubuh pelakon Irma Hasmie Ibrahim muncul di khalayak dengan imej bertudung litup sewaktu menghadiri majlis Malam Gala Rafflesia dan Mandalay yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini.

Menyarung busana rekaan Hatta Dolmat, Irma Hasmie tidak langsung kekok dengan penampilan baru itu, malah dia dilihat selesa menggayakan gaun labuh berona krim yang sedondon dengan tudung yang disarungkan.

Tidak berhenti menguntum senyuman, keayuan Irma makin terserlah dengan imej sopannya, sekali gus memperlihatkan dia sudah mara ke sebuah lagi fasa kehidupan yang lain.

Sudah pasti penghijrahan itu akan menjadi tajuk bualan pertama kepada pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu dan tuan empunya diri sendiri pun sudah boleh mengagak sejak awal lagi.

"Saya tergerak hati untuk bertudung sejak balik dari menunaikan umrah bersama ibu pada bulan lalu. Niat saya dari awal lagi hanya mahu menjadi seorang insan dan muslim yang lebih baik.

"Alhamdulillah pintu hati saya dibuka oleh-Nya. Balik saja dari Mekah, saya terus menyarung tudung dan sejak itu, kalau hendak keluar, saya akan rasa macam ada benda yang tertinggal jika tidak mengenakan tudung," tutur pelakon berusia 29 tahun itu.

Disuakan persoalan sama ada imej bertudung itu hadir disebabkan menunaikan umrah, Irma menolak telahan itu bulat-bulat kerana baginya, persediaan sebelum berkunjung ke tanah suci merangkumi semua aspek termasuk bertudung.


IRMA yakin walaupun bertudung, dia akan tetap menerima tawaran berlakon seperti biasa.


Katanya, sebelum berlepas ke Mekah, dia telah terlebih dahulu meminta petunjuk dari Yang Maha Esa.

"Ia merangkumi semua aspek. Seperti yang saya katakan, apabila kita hendak menunaikan umrah, kita kena bersedia dan dari situ lagi, saya sudah berdoa.

"Saya tidak spesifik tentang benda-benda seperti itu (bertudung kerana mengerjakan umrah). Niat saya ikhlas tanpa melibatkan sebarang unsur paksaan atau sebagainya. Saya hanya mahu kehidupan yang lebih baik, gembira dan tenang," luahnya lagi.

Meneruskan bicara, Irma memberitahu, sesungguhnya dia sayang untuk mengotorkan taubat yang telah dipanjatkan semasa
mengerjakan umrah dan amat bersyukur kerana jalan untuknya berhijrah mendapat keredaan dari-Nya.

Keputusannya untuk bertudung sekali gus menghadiahkan perasaan seronok dan tenang yang tidak mampu digambarkan oleh kata-kata.

"Saya kini ekstra tenang dan bahagia. Susah untuk saya terangkan bagaimana perasaan itu, namun dalam erti kata lain, saya sangat senang dan gembira," akuinya sambil tersenyum.

Sumber


"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

13 comments:

apezs shah said...

salam

yes betol tu..
seorg lagi dah bertudung.
hopefully lama laa..:)

Aisya Rahim said...

nice kan dia pakai tudung :)

mazNi mAz said...

Alhamdulillah,,.kn mAnis cm2,,.harAp2 dyE kekaLkan dengAn pemAkaian Menutup aurat ny..,~~

dhiera said...

semoga ramai lagi yg akan bertudung~

naulofah said...

huh..awalnyer SJ post entry tuk hari nih..6.19am..huhu..bgusla menutup aurat..so jom meh join contest mama ufah..kempen menutup aurat
http://naulofah.blogspot.com/2011/03/dreams-dress.html

~DeaLin~ Luv!! said...

huu~~
memang cantik bertudung~~
andaikata laa..sume artis kat malaysia ni brtudung(girl)...
lagiiiiiiiiiiii laaaaaaaaaa manissssss...
(^_________^)Y

Republic Aku said...

bertudung begini mmg cantik cuma tak paham motif tudung cara d.siti...baik jgn ...

hadiee said...

bagus la macam ni. Alhamdulillah

FD said...

perlukan trend-starter yg paling ampuh... then lepas ni, sume rakyat akan pakai tudung dengan baek..

Cutiesifa said...

alhamdullilah..
suka sgt tgk irma sudah bertudung..
nampak lagi ayiu, manis dan cantik!!
moga yang terbaik untuk irma..

Solihin Zubir said...

Alhamdulillah...
err.. Datuk Siti plak bila nak siries bertudung ni? hehe..

qin said...

irma pkai tdung cntik..hrap2 b'kekalan la...

Miza Yusof said...

perubahan dan penampilan yang lebih segar. alhamdulillah :) sejuk mata memandang. baguslah irma ni kan. nak buat perubahan tak heboh-heboh pun. syabas !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat