Friday, March 11, 2011

Orang terkaya di dunia. -Forbes-

update ~!!

Otai telekomunikasi Mexico, Carlos Slim kekal menjadi manusia paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaannya mencecah AS$74 bilion (RM224.7 bilion), lapor majalah Forbes 10/3/2011.


Bilionair berusia 71 tahun itu mengetepikan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates yang menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$56 bilion (RM170 bilion).

Pelabur AS, Warren Buffet menduduki tempat ketiga dengan kekayaan AS$56 bilion (RM170 bilion).

Tempat keempat menjadi milik taikun barangan mewah dari Perancis, Bernard Arnault dengan anggaran kekayaan AS$41 bilion (RM124.5 bilion).

Senarai Forbes kali ini menyaksikan 332 bilionair adalah dari Asia berbanding 79 bilionair Eropah.

Perkembangan itu menyaksikan Asia memiliki lebih ramai bilionair berbanding Eropah untuk kali pertama.

Menurut Forbes, 115 bilionair Asia dalam senarai tahunannya kali ini berasal dari China.

Senarai bilionair dari China itu diungguli Robin Li, usahawan di sebalik kejayaan enjin carian tempatan, Baidu, dengan nilai kekayaan AS$9.4 bilion (RM28.5 bilion).

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berada di tempat ke-52 dengan kekayaan dianggarkan berjumlah AS$13.5 bilion (RM40.9 bilion).

Sementara itu, seramai sembilan bilionair dari Malaysia turut berada dalam senarai Forbes kali ini diketuai oleh raja gula, Robert Kuok, 87, dengan kekayaan AS$8.3 bilion (RM25.2 bilion).

Jumlah itu menyaksikan beliau berada pada kedudukan ke-61 sekali gus mengatasi pengasas Apple, Steve Jobs yang memiliki aset AS$8.3 bilion (RM25.2 bilion) untuk menduduki tempat ke-110 senarai yang sama.

Otai telekomunikasi tempatan, Ananda Krishnan, menduduki tempat ke-93 senarai Forbes dengan kekayaan AS$9.5 bilion (RM28.8 bilion) manakala bilionair sektor perladangan, Lee Shin Cheng yang memiliki kekayaan AS$5 bilion (RM15.1 bilion) berada di tempat ke-208.

Lain-lain bilionair Malaysia yang menduduki senarai Forbes ialah Tan Sri Quek Leng Chen menduduki senarai ke-219 dengan kekayaan AS$4.8 (RM14.5 bilion).

Bilionair Malaysia, Tan Sri Teh Hong Piow menduduki tempat ke- 229 dengan kekayaan AS$4.7 bilion (RM14.2 bilion).

Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan keluarga berada di tempat ke-420 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM8.1 bilion) manakala Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menduduki tempat ke-459 dengan kekayaan AS$2.5 bilion (RM7.5 bilion).

Bilionair Tan Sri Tiong Hiew King dan Tan Sri Vincent Tan menduduki tempat ke-993 dengan kekayaan AS$1.2 bilion (RM3.6 bilion). - Agensi

Orang cakap, Pak-pak arab lagi kaya. Tapi x tahu la betol ke x..Lagi pon mereka yang kaya2 nih, xnak dedahkan aset, nnt kene cukai. hahahha.

Kene ingat jugak, orang kaya adalah antara orang yang plg lambat masuk Syurga. Semuanya kerana gara2 harta yang melimpah ruah...  Aset berbilion2, klo bagi aku sejuta pon, x habis makan cheq oiii...!!!

"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

13 comments:

Siti Safiyyah said...

ss tambah sikit lagi..sebab tu kalau kaya, ingat2la kat org yang susah..tengok macam Nabi Muhammad s.a.w. baginda kaya tapi tak berlagak kaya..;)

iwan_dextrous said...

kaya mana pun tapi x igt tuhan pun x guna kan..hiihih

Amanie Khairunnisa said...

takot kaya2 sgt neh. takot lupa diri. sederhana cukup :)

trisy said...

tanak kaya tapi banyak kehendak dari keperluan yang hendak dipenuhi. :D

nabByla said...

suke ayat terakhir tue. hehee..

Solihin Zubir said...

tan sri syed albukhary..
tabik sama beliau..
kita ni bila la agaknya nk kaya.. huhu..

Unknown said...

pehh..kayooo..tp tulah.makin kaya makin susah.sebab banyak godaan .huhhu.

eita said...

ermmmm...asik orang je kaya....bila lah kita nak jadi kaya jugak...
huhuuhu....

Solihin Zubir said...

yg add back link kt bawah tu, hg just add widget ja.. pastu paste ja code byk2 kat situ.. cambiasa..

Unknown said...

manja <<< bakal jutawan in 100 years lagi huhu

Pak Aji said...

orang yg kaya ialah.. merasa cukup dgn apa yg ada.. bagun pagi hati tenang.. tak de hutang.. hehe

senyumSOYA said...

hehehhe... kaya tapi x nak bayar cukai pun buat apa...~ hehehhe

mazNi mAz said...

emm..nk jD kayE xsaLah powN..asAlkan kTe sLalu sumbAngkan hArta tu pada jLn ALLAH..sumbAng ke arAh kebAikan..insyaALLAH..hDup kTe dbErkati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat