Saturday, April 16, 2011

AKU INGIN BERUBAH

 
Sekadar gambar
Ingat lagi x cite jiwang aku >>>  Cinta monyet SJ dan si dia. Klo x penah baca, sila Klik pada link tersebut. Klo di tgkkan pada komen2 orang ramai, rata-rata dari mereka akan menyatakan "tu cite betol ke?" hmmm.. aku pon x taw nak kata lah, mungkin separuh betol, dan separuh x betol. Jadi Kesimpulannya, cite tu rekaan + khayalan + impian aku. 
Baru je sebentar tadi, ade org jemput untuk masuk contest. Lihat SINI. So aku pon dengan rela hati ingin menyertai contest tersebut. 



************



" Shah, bile nak kawen nih? hari tu awak janji lepas dapat superbike nak kawen." ujar Mama. 
" Mmg lah nk kawen, tapi Shah baru je dapat LESEN bawak Superbike, bukannya dapat Moto tuh..Klo Mama x percaya, Mama tgk sini Aku dapat Kawasaki ER-6n.

"Ala Mama taw la tu cuma lesen je, tapi nanti awak jadi engineer awak beli la."

"Mama sponsor la Shah! hahaha... bukan slalukan. lagipon Mama kan nak tengok anak Lelaki Mama ni kawen. Kali ni mmg serius, lepas dapat Superbike Shah kawen dengan puteri menantu pilihan Mama"

Aku pon lari masuk bilik...

hahaha... mmg alasan aku tak mo kawen dengan gadis pilihan Mama dan aku pon taw, Mama x kan belikan Superbike untuk aku.

Kejam x aku nih? kejam siott...

Hey!! Shah apa nk jadi ngan diri hang tuh? tunaikan je la permintaan Mama selagi hayatnya di kandung badan. Hati aku bermonolog sendirian. Aku bukan kejam, aku bukan tak nak tgk Mama dan Baba gembira tapi aku rasa diri aku ni x sebaik gadis pilihan Mama.  Hummm... Aku rasa aku tak setanding dengan peribadi si gadis tersebut. Maklum lah, aku ni kan agak "nakal". Banyak perkara buruk yg aku telah buat. Aku bukan budak baik dan skema. Lagipon taraf pendidikan aku dgn si gadis tersebut berbeza.Aku jadi malu dengan diri sendiri, aku rasa terlalu merendah diri. Apa yg aku perlu buat? arghh serabut... baik aku tidur.


*********


"Shah, awak kene ingat, isteri yang awak pilih tu akan sehidup semati dengan awak. Lelaki x kan sempurna tampa seorang perempuan, begitu juga sebaliknya. Jadi dengan perkahwinan ini lah, Lelaki dan perempuan saling melengkapi dengan ikatan yang sah. Pilihan Mama tu, Baba rasa itu lah yg terbaik buat awak. Cuba jelaskan kenapa awak tak nak menerima kehadiran gadis tersebut? Atau pon awak dah ade pilihan sendiri? "

Aku cuma diam membisu. Tak mahu meluahkan apa-apa pon kepada Baba.

" Shah, dengar sini baik-baik. Shah adalah anak lelaki. Anak lelaki tanggungjawabnya sangat besar. Seorang lelaki kene bertanggungjawab kepada 4 golongan ini.
  1. Ibu / Mama.
  2. Adik-beradik perempuan.
  3. Anak-anak perempuan.
  4. Isteri.
" Bila awak kawen nanti, tanggungjawab awak adalah menjaga Mama. Kakak-kakak awak x perlu bertanggung jawab untuk menjaga Mama. Mereka kene ikut Suami masing-masing. Jadi jika Mama sakit, awak kene jaga. Jika Bakal isteri awak tu x dapat nak membantu awak dalam menjaga Mama, lebih baik awak tinggalkan gadis tersebut." Jelas Baba.

"Jika awak tinggal berasingan dengan Baba dan Mama nanti, datang la melawat kami seminggu sekali. Jangan la sampai x menjenguk kami di sini." ujar Baba lagi.

Aku terus diam membisu..Malas nk bercakap.

Ya Allah beratnya tanggunjawab aku nih. Aku ingatkan jadi lelaki seronok, rupa-rupanya banyak tanggung jawab. Ala, ini baru sikit, cuba tgk contoh lain, Nabi Muhammad tuh, lagi berat tanggungjawab Baginda. kan kan...

Cakap memang senang, aku ni sekarang. Dah nk kene kawen. Argh!! lantak la.. lambat lagi. Biarkan dulu la... Masa banyak lagi.


*********


Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Mama telah pergi menghadap ilahi. Aku kelu, diam seribu bahasa. Masih lagi terkejut dengan berita kehilangan seorang Ibu yang sangat aku sayangi. Aku jadi x keruan apabila tidak dapat menunaikan hajat Mama dengan berkawen dengan gadis pilihan Mama.

Mama, maafkan Shah, Bukannya Shah sengaja mahu melengah2kan walimah tersebut. Tapi Shah masih x bersedia. Shah perlukan pembimbing. Shah dahagakan Ilmu Agama. Shah mahu memperbaiki keadaan diri Shah yang daif ni Mama!!!... Mama, jgn tinggalkan Shah macam ni Mama. Ya Allah... (mata aku dah berair dan melimpah limpah).... 


Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

"SHHAHHHHHH"  "SHAAAAAHHHHHH" "o0o0oO"  "SHAAAAAHHHHHH"   Dah subuh !!! Bangunnnn!!!

Mata aku basah, Aku Mimpi ke tadi? takkan tengah tido boleh nangis-nangis ? 

Dengan pantas, aku meluru ke luar bilik, aku terus mendakap tubuh Mama. Syukur sangat, yang tadi tu cuma mimpi. 
"Mama, minggu depan Shah nak kawen taw! ngan gadis pilihan Mama tuh...~ Shah nak jadi anak yang taat kepada Mama dan Baba!! Shah sayang kat Mama...." >>> SINI <<<

Mama tersenyum wpon kebinggungan.


*********


Waktu sarapan, Mama kecoh, cite hal pagi tadi... arghhhh.... lantak la.. janji aku bahagia, Mama dan Baba bahagia. !!! hahahaha






Klik banner di atas klo rasa nk join..


"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

12 comments:

naulofah said...

hmmm...saya tetap ingin tahu siapakah gadis itu?

nadzli azlan said...

oyeahhh makan nasi minyak SJ !!! :p

senyumSOYA said...

hihihihi...bguih2~

CiK LiYzA ^^, said...

setuju sgt ngn mama SJ~
mama sapa p0n nk yg tebaek utk suma anak dia..huu,pnh rsa situasi nih...n alhamdulillah da wat plihan yg btol~hee..

nora amila ghazali said...

hurmm.. nak gelak dulu boleh??? hihihi.... lawak la.. lalalla... nice story... aiyoookkk sj nak kahwin erk.. lallala

KAMIHIDUP said...

kahwin je sj, heee.

fRaMe+LenSeS said...

nasi minyak.. nasi minyak. nasi minyak.. yayyy.. nadh tunggu.. lalalalalalalala~~

Alfi said...

huuu...~~~
best3..!
tak rugi baca sampai habis...~~
>.<

:: Alfi's Blog ::

syamilah :) said...

besttt.

jgn lupa follow balik ye

http://syamilahmawaddahazha.blogspot.com/

putri noor syamimi said...

amboi, sambil masuk contest smbil promote entry! cayalah!
bila shah nak kawen ni???????
topik kawen tak abis2...kad jemputan takde ha..:PP

Sunah Mohammad said...

oooooooo....kempen yang ni ke...hehehehehe..

Muslimah Optimis said...

hamboiii orang tu dah nak kawen.. jangan lupa jemput MO tau..heheh.. nice cerita ni.. part2 last tu best sebelum sedar dari mimpi..hehehe.. nak cukupkan ilmu agam..bagus.. anak sapa lah ni kan.. hiihi...

terima kasih sudi join.. apa2 update akan diberitahu kelak di Laman MO..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat