Wednesday, April 13, 2011

Arab Saudi mahu bina bangunan tertinggi 1.6 km

Arab Saudi mahu binabangunan tertinggi 1.6 km

Keluarga diraja Arab Saudi kelmarin mendedahkan pelan membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion) di Arab Saudi.

Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer yang akan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah apabila ia siap dibina.

Ia dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia.

Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat.

Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal.

Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.- Agensi

POSTER menunjukkan bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah, Arab Saudi. 


Fakta :

  1. Kos Pembinaan AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion).
  2. Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer.
  3. Mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah.
  4. dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai.
  5. Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif.
  6. mempunyai 275 tingkat. 
  7. dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC).
  8. Syarikat Emaar memenangi Tender membina banggunan ini.
  9. Di beri nama Kingdom Tower.
  10. Akan di bina di Jeddah.

Psst : Dunia nk kiamat, sbb tanda2 kiamat adalah banggunan pencakar langit semakin byk di dirikan..


"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

16 comments:

cik AngguR said...

ermmm....tinggi nya....bila nk ley siap erk.. :)

Fyqa said...

smakin m'jadi jadi....

Nancy Poh said...

Owh...adakah ini akan mengalahkan ketinggian Menara Karin dalam dragon ball tu??..huhu..masih nak cabar tingi rendah nya langit tu...

*47!k@# said...

dunia dh nak kiamat..

NuRuL HoNeY said...

dunia akhir zaman..mcm nilah..tp agak2 sempat ke siap bangunan tu..huhu~~

Amanie Ashraff said...

tak faham kenapa nak bina tinggi2 =.='

KAMIHIDUP said...

betul tu, dunia dah nak sampai penghujungnya.

khairunnisa ♥ said...

cukup lah bersederhana =.="

Solihin Zubir said...

1.6 KM? gila btoi! makin gila pak2 arab ni..
weyh.. nnt aku curi boh lam blog aku nowh...

ciknabil-a said...

amboih! tak boleh nak tggi ag kew bggunan dia? hakz!

Ainnur Afiffah :) said...

betul2.. tanda2 nak kiamat ni.. semua sbuk berlumba nak bina bangunan tinggi2.. huhu..

l a l a , S h a h e i l a said...

Dunia nak kiamat, kat tmpat kita pun tinggi-tinggi gak..huhu

アヌム ちゃん~~ said...

nice entri :)

Fakhrul1409 said...

Bro...blog ko ak dh review.. :D

Terima Kasih Follower 599,600 Dan 601! http://www.akufakhrul.com/terima-kasih-follower-599600-dan-601/

putri noor syamimi said...

betul2..manusia berlumba2 membina pencakar langit..

saiazuan said...

tanda khiamat semakin hampir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat