Sunday, June 19, 2011

Keistimewaan Bersedekah.



Keistimewaan Bersedekah.
  1. Mengundang datangnya rezeki. 
  2. Menolak bala. 
  3. Menyembuhkan penyakit.  
  4. Menambah umur. 
      Syukur Alhamdulillah aku masih lagi sihat dan di beri kesempatan utk berkongsi pengalaman dan juga ilmu. Petang tadi, aku nak pergi ke pekan utk menyelesaikan beberapa perkara. dalam perjalanan aku pergi tadi, ada sebuah van nak langgar motor aku. Mujur aku dapat mengelak dan tiada apa-apa yang berlaku. Syukur..!

       Ketika perjalanan pulang pula, aku hampir di langgar oleh sebuah viva putih. Syukur tiada perlanggaran yang berlaku. Tapi itu semua ketentuan Yang Maha Esa. Lega rasanya aku selamat dalam perjalanan ke pekan petang tadi. Aku nak tanya korang la, penah tak korang hampir-hampir eksiden? Klo pernah, korang patut bersyukur sangat-sangat. Bila aku fikir balik, kenapa boleh aku terhindar dari kemalangan? Lama lepas tu, baru teringat, aku pernah belanja orang makan.


Bukan nak riak, tetapi utk korang semua ambil iktibar. So, aku harap korang kene slalu bersedekah. Klo ade rezeki lebih tu, ringan-ringan kan la tangan untuk bersedekah. Jadikan itu sebagai 1 amalan mingguan, terutamanya orang lelaki. Setiap kali hari jumaat, sedekah la di tabung masjid.

"Jika anda mempunyai RM1000, sedekahkanlah kepada fakir miskin RM100.."
"Jika anda mempunyai wang RM100, sedekahkanlah kepada mereka RM10..."
"Jika anda mempunyai wang RM10, sedekahkanlah kepada mereka RM1..."
"Begitu juga jika anda mempunyai wang RM1, sedekahkanlah kepada mereka RM0.50..."
Jika kamu menampakkan sedekah(mu)[172], maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya[173] dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. ( Surah Al- Baqarah : Ayat 271)
[173]. Menyembunyikan sedekah itu lebih baik dari menampakkannya, karena menampakkan itu dapat menimbulkan riya pada diri si pemberi dan dapat pula menyakitkan hati orang yang diberi. [172]. Menampakkan sedekah dengan tujuan supaya dicontoh orang lain. 


       Klo xde duit, cukuplah sekadar kita utk senyum kepada orang. Kerana senyuman itu jugak 1 sedekah. Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”


      Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

 
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
( Surah Al- Baqarah : Ayat 261)
 Senyum je kat korang... hehehe...


Sumber : murabbiy.com

"the ones that love us, never really leave us "


Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

13 comments:

Anonymous said...

tidak rugi bersedekah...kerana sedekah itu adalah amalan yang akan dibawa bila kita meninggal nanti....

tq.... :)

Unknown said...

betol2..sedekah itu adlh amalan paling mulia..ad rezeki lebih tu sedekah lah tpy tidak perlu tgu rezeki lebih shje lol..

Liz said...

Alhamdulillah semoga amalan kita bersedekah akan sentiasa berterusan hingga ke akhir hayat..

Kayun said...

charity never lessen wealth :)

Honey Bhulat said...

nice information...
tapi zaman sekarang ni nak bersedekah kena tgk org jgk, takut ada yang amik kesempatan...comel baby..senyum pon sedekah jgk kan???

Amanie Khairunnisa said...

tapi kadang2 senyum yang senang tu pun orang susah nak sedekah :)

woot woot said...

thanks for this post ^^

Kira Sakura said...

sorokkn tangan kanan jika ingin bersedekah... =)

nurmisnan said...

Alhamdulillah... setiap yg
baik ada kebaikan dan kelebihan
tetapi bersedekah itu
haruslah dimulakan dgn niat....

naulofah said...

boleh tolong saya iklankan kedai saya tak SJ...sambil2 tuh bersedekah la juga...hhehe..=P kerana sebahagian jualan akan dimasukkan ke "tabung amal untuk melengkapkan sunah" kalu free mehla singgah ELQAYS JANNAH http://www.facebook.com/profile.php?id=100002525477533

Solihin Zubir said...

sedekah kt aku plak wey.. hehe..
Alhamdulillah la hang masih hidup..

Liza @ Adzriel AB said...

menghindar dari penyakit kedekut.

titan said...

senyum. tak perlu kata apa-apa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat