Monday, June 13, 2011

Ustazah pilihan


Tidak puas dengan Imam muda, Astro lagi sekali mahu menerbitkan rancagan yang bercorak islamic. Aku tak tahu apa tujuan mereka, sama ada ingin mengaut keuntungan atau pon ingin menggantikan ustazah yang lama. Di harapkan, rancangan realiti seperti imam muda dan ustazah pilihan ini ini mendapat berkat dari Allah s.w.t. 

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Antara pengajaran hadis : Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
  • Temuduga Ustazah Pilihan
Bagi yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah, dijemput hadir ke sesi temu duga yang akan diadakan seperti berikut dari pukul 8 pagi hingga 5 petang:
  • 9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah
  • 15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu
  • 23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru.
  • 30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur
  • Syarat Penyertaan Ustazah Pilihan
Sesi ujian dan temu duga terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam berusia 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.

Bagi yang berminat perlu membawa salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.

credit to : www.cikbulat.com

Ustazah pilihan : Menjadi Ikon muslimah masyarakat.


 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dan Ustaz Wan Akashah Wan abd Hamid.

Semoga berjaya kepada bakal-bakal ustazah di luar sana. Jangan masuk kerana mahukan populariti, tetapi jadilah ikon masyarakat dan menyumbang ke arah kebaikan...  Agak-agak korang Ustaz Shah Jiehan bila boleh masuk imam muda ni??huhuhu.. tangan ke bahu, mata jeling mengada ke atas ye.... *aku x layak masuk..daa .. hahahaha

"the ones that love us, never really leave us "


Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

24 comments:

Sunah Sakura said...

ni under tv al hijrah tu kan?

liyana said...

nice entry...
hmm pasal ustazah mashitah tu..
mmg plik

adam said...

SYARAT MENUTUP AURAT: apa pengertian menutup aurat yang sebenar?? adakah sekadar bertudung tetapi menampakkan susuk tubuh, dada dan sebagainya?? mentor ustazah pilihankah itu.. hehehe.. renung-renungkan.. selamat beramal...

solomolo said...

dari dulu sampai skrg, memang suka ngan Ustazah Masyitah Ibrahim....

senyumSOYA said...

ntah la.. astro mkin lma mkin pelik..
yang baik kita ambil yang buruk kita buang~^^!

Farhana Jafri said...

hahaha aku lg suka ustazah siti norbahyah.. dri dlu smpai skrg mantain je.. bila bagi ceramah pon best je dgar...

Unknown said...

kalau korang perhalusi... rancangan ni aku rasa akan mempermainkan banyak aspek Islam, bahkan imam muda pun, janganlah nanti ustazah2 ini dijadikan peragaan tanpa disedari.. tudung fesyen... isk.. jangan terlalu taksub dengan program realiti yang berselindung disebalik realiti.

Shila said...

uish...

macam2.... T__T

Adeela Oh Lala said...

biq betoi ustazah masyitah tuh? awat dia pakai lagu tuh hah?
teruk sgt kutt..
tak padan dengan ustazahhh..
aku boikot ustazah pakai ketat and pakai make up teruk terukk..
tak padan dgn dia..
sorry kalo ada yg tak suke.. tp ni pendapat aku..

adam said...

adam dulu suka gak dengan ustazah masyitah ni.. tapi sekarang dah tak lagi.. sebab??? biarlah adam jer tahu,.. tapi yang pasti bukan sebab politik yer...

KAMIHIDUP said...

biarlah jadi seperti sumayyah. :)

Unknown said...

>rancgn ini dah bagus..cumnya xbagus bila di tunjuk kat TV...klu la buat sesama muslimat saja...alhamdulillah. ntah la apa hikmahnya...T_T

amna said...

best of luck utk semua calon ^^

Baiz Mamat said...

ustazah ker?

Amanie Khairunnisa said...

lebih prefer ustazah siti norbahyah dari ustazah masyitah. ketara benar perubahan ustazah masyitah =.='

De'din said...

semoga program sebegini diperbanyakkan tanpa sebarang niat tidak elok =)

Anis Azalea said...

Ust. M tu sudah lariiiiiiii dari apa yg beliau pertahankan dulu. senang citer Ust. NB tu dah dapat Dato' gak tapi tudung maintain labuh..lawa2 jek

Kira Sakura said...

ustazah bahiyah tetap menjadi pilihan... =)

Ain Shdn said...

HAHAHAHA ! Masyitah Masyitah..

Dear Yayah said...

dulu & sekarang....

hmm.. =.='

Sizzling Suzai said...

hemmm...xtau nk comment pe sal rancangan br ni...imam muda tu nmpaklah kjayanyer..nmpk la y mrk2 tu ikhlas! hemm..kali ni ustazah plak cube kt tgk la camne...neway rmai sahabat2 sy y layak dicalonkn..heheh tp bkn sy lah~ >.<

Sizzling Suzai said...

aik...sy SERIUS lah~ hhahhaa...jgn r perli sy but yes i do hv lots of 'ustazah' friends LOL~ hhahhaa..kn sy student uia?! =)

Unknown said...

sungguh kecik hati dengan kelakuan ustazah yang make-up tebel, dan tudung makin singkat!!

teDD said...

boley buat cari jodoh ney..hahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat