Baru semalam aku buat cerita tentang kereta api laju di China, pagi ni keluar cerita kereta api laju di China di panah petir lantas berlanggar dengan sebuah lagi kereta api laju....!!!
35 orang terbunuh apabila dua kereta api berkelajuan tinggi berlanggar di timur China kelmarin. Kemalangan tersebut yang turut mencederakan 210 penumpang merupakan nahas terburuk pernah melanda perkhidmatan kereta api China sejak 2008.
Insiden itu berlaku apabila sebuah kereta api berkelajuan tinggi merempuh sebuah kereta api lain yang terhenti di atas sebuah jambatan dekat sini, sekitar 1,380 kilometer ke selatan ibu kota China, Beijing. Ketika kejadian, kereta api pertama kehilangan kuasa akibat dipanah petir sebelum ia dirempuh sebuah kereta api peluru yang bergerak di belakang kenderaan itu.
Anggota-anggota pasukan penyelamat memasuki bangkai empat gerabak yang terjatuh ke bawah jambatan dalam usaha mencari mangsa-mangsa yang masih hidup. Menurut agensi berita Xinhua, pihak berkuasa China menghentikan 21 perjalanan kereta api selepas kemalangan tersebut berlaku yang turut mengorbankan dua warga asing. - KOSMO -
Pepatah orang ada mengatakan, bila lambat asalkan selamat. Tapi kadang-kadang ramai yang cuba mengubah pepatah tersebut, biar cepat asalkan selamat. Apa-apa pon, berhati-hati walau di manajua anda berada. Jangan lupa baca doa naik kenderaan sama !!!
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
4 comments:
inalillah.. takdir Allah...
Innalillahiwainna....
kelmarin negara paling aman didunia
Norway, bangunan diletupkan
yang ini perlanggaran pula berlaku
dunia semakin hari diberi petanda...
tiada sesuatu pun yg dapat menandingi kuasa dan kehebatan Allah..
kalau dh nma keretapi pantas, cmna nk lambatkan? kena tukaq nama la.. haha..
Post a Comment