Kenapa kita di wajibkan berpuasa? Klo kita tak puasa boleh tak? ok. cuba tanya diri korang masing-masing. Kenapa aku berpuasa di dalam bulan puasa? Adakah kerana parents suruh? adakah kerana ikut rakan sekelas berpuasa? ataupon kerana memang dah terbiasa berpuasa ? Mari aku nyatakan mengapa perlu berpuasa.
Firman Allah dalam surah Al- Baqarah ayat 183 :wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Itu adalah bukti kukuh mengapa kita perlu berpuasa. Itu adalah perintah dari Allah !.. muktamad!. jadi lepas nih, adik-adik yang masih di bangku sekolah kene sedar bahawa korang puasa kerana Allah... Bukan kerana malu dengan kawan-kawan ataupon mendapat ganjaran (duit raya) dari parent.
Bulan ramadan juga adalah bulan mulia. Pada bulan ramadan juga telah diturunkan Al-quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Itu adalah mukjizat paling besar yang Baginda dapat.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 :Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.
Al-Quran adalah kitab yang paling hebat, maka tidak hairanlah ramai yang cuba membuat al-Quran palsu. Namun pasti akan terkantoi. Keaslian al-Quran akan terjaga sampai hari Kiamat, kerana itu adalah janji Allah S.W.T.
| Teringin aku nak dapat kad raya banyak-banyak tahun ni. Klo nak kad raya, mintak kat Braderhensem ini |
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
8 comments:
puasa itu indah .. *betol tak SJ ?
terbaik...:D
slmt mnymbut bln ramadhan bro :)
suke ah entri ni..
baguihh pakcik ^^
Berpuasa Kerana Allah SWT :)
ikhlaskan hati.. banyak hikmah di sebalik ibadah berpuasa ni. subhanAllah :)
berpuasa..
rukun islam yg ketiga..
tak sabar nak smbut bulan pose... :)
salam ramadhan.
saya nk berubah jadi budak baik.. doakan saya ya sj....
Post a Comment