Thursday, December 23, 2010

Benarkah nset punca barah otak?

update ~!! 


Mengikut pengetahuan SJ, Nset boleh menyebabkan penyakit barah otak. Namun, jangkaan SJ meleset setelah terbaca artikel dari sebuah akhbar tempatan. Akhbar tersebut menyatakan bahawa frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.








Hal ini turut di sokong oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang. Beliau berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun ini yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit. "Frekuensi elektromagnet telefon selular ini adalah tergolong dalam radiasi tidak mengion atau non ionized radiation iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul-molekul di badan kita," katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab satu soalan Senator Mohd. Khalid Ahmad.






"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat