Friday, December 24, 2010

Benarkah wanita ambil masa tiga minit pilih kekasih?

update ~!!


Wanita ambil masa tiga minit pilih kekasih? Wah, ini info terbaru yang SJ peroleh dan ingin di kongsikan bersama. Satu kajian di Britain mendapati wanita cuma mengambil masa tiga minit untuk membuat keputusan sama ada seorang lelaki itu sesuai untuk mereka, lapor sebuah akhbar semalam. Boleh percaya ke kajian ini? apa pendapat anda?
Menurut kajian tersebut yang melibatkan 3,000 orang dewasa di  Britain, oleh Ben Kay. Menurut kajian tersebut, seseorang wanita memerhatikan wajah, bentuk tubuh dan gaya berpakaian selain bau dan loghat apabila memilih bakal teman lelaki. Kajian sama menunjukkan golongan wanita jarang mengubah keputusan mereka selepas membuat penilaian awal selama tiga minit itu. Benar kah?



"Kajian ini mengejutkan kerana wanita membuat keputusan mengenai lelaki dengan begitu cepat," kata Kay. Para penyelidik mendapati wanita tidak akan memilih seorang lelaki yang dianggap mereka terlalu angkuh dan terdesak untuk mendapatkan teman wanita.

Golongan wanita juga didapati enggan menerima seorang lelaki yang dilihat tidak mesra dengan orang ramai, tidak kelihatan berduit dan tidak mempunyai persamaan dengan mereka.
Kajian tersebut membuat penemuan bahawa ramai wanita mempercayai rasa hati mereka.
Sebanyak 88 peratus wanita percaya pada rasa hati mereka berhubung penilaian terhadap lelaki. - kosmo




 "the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

4 comments:

Unknown said...

benar ni...hahahahahaha..tp 3 minit cam cepat sgt je...

Annisa said...

minta jauh perkara cam ni >.<

pilih kekasih 3 minit, sedangkan nak hidup dengan dia seumur hidup.. aiyoyo..buatla pilihan bijak ;)

Ain Zulaikha said...

yeke ni? tipu2x.. sy tak pun.. hahah memilih agi adalah .. haha

CIK TOM said...

3 minit??bahayanye...kalo tgk fizikal je mmg la 3minit...

jom lah beli domain jgk..mharga ok..xde mahal sgt..nak tahu lebih lanjut klik je banner net kl tue..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat