Monday, January 10, 2011

Hari pertama di pulau langkawi (part 3- mencari umah sewa)

update ~!!

Mencari rumah sewa di sini bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini kerana rumah-rumah kosong kebanyakkan nya telah di jadikan sebagai homestay dan ada jugak telah di sewakan kepada warga asing.

Pencarian Bermula dari pantai cenang. Pantai ini cantik dan bersih. Terdapat sebuah rumah sewa yang kosong, malangnya rumah tersebut adalah rumah tinggal. Bersawang, tingkap banyak yang pecah, pintu agak reput, syiling tiada, malahan rumah ini di kelilingi dengan semak samun. Rajan SJ mmg tidak sanggup tinggal ti situ. Jadi kami terpaksa mencari rumah yang lain.

Lebih kurang 100 meter dari rumah pertama, terdapat papan tanda “Rumah untuk di sewa.” Melonjak2 hati kami, terdapat no telefon di papan tanda, tanpa berlengah lagi no tersebut terus di dail. “Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan.” Haram sungguh!.getus hati SJ  Kami terus bertanya kepada penduduk kampung terbabit. 

“Makcik, kat sini ada rumah sewa ka?”
“tak dak rasanya” 

Huh…usaha tetap usaha.
Kami singgah di sebuah rumah seakan-akan rumah sewa. Orang india. Baru nak bagi salam, terus tak jadi.
“Pakcik, tumpang Tanya, kat sini ada rumah sewa tak?”
“erm, Sorry, I not understand”.
Bukan rakyat Malaysia nih. Agak je la… hehehe..tapi cane nak cakap bi lak nih..adoi..SJ balun la broken inglish.
“ do you know about the rent house nearby here?”
“ I don`t know sir, because I got this house for rent long time ago. I think almost two years ago.”
“oh, ok sir, tq so much”

Fuh, 2 tahun tuh, lama tak lama. Sekarang ni kompom dah penuh. Tempat tumpuan ramai. Pelik jugak. Orang tu siap ade Toyota Hilux 2.5. adakah beliau mendapat kerakyatan Malaysia? Ataupon pihak berkuasa tidak menjalankan tugak di sini? Huhu..

Pusing lagi. Jauh  ke arah Padang Matsirat. Tanya lagi Di stesen Minyak Petronas. Dia kata takda. Tapi dia ada bagi no telefon. tepon-tepon ja, dia cakap, " ye dik, homestay dot dot dot....." 
" umah sewa kosong ada ka?" 
" xdak, kami ada homestay ja."
" boley dak kami dok homestay dalam tempoh beberapa bulan?"
" xdapat la dik"
"ok. time kasih"
depa ni kata homestay, mai la bagi SJ tumpang bermalam sebulan dua. hahaha. 

Akhirnya, setelah berhempas pulas, kol 9 malam baru la kami dapat masuk ke rumah sewa.

-the end-

"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

4 comments:

Anonymous said...

so camner?..selesa x umah tu?..ciamnyer la..

ALFALORA MOHD MUSTAFA said...

erk???finally duk homestay tu ke apa???

sempat lg ckp psl Hilux...heee...
kim slm mahsuri k!ngee

Zeanne said...

bagus lah dah dapat rumah :)

Annisa said...

pantai cenang memang cantik ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat