Sunday, January 9, 2011

Hari pertama di Pulau Langkawi (Part 2-kereta sewa hampeh).

update ~!!

Mengikut entri part 1, SJ menyewa sebuah kereta, RM 50 sehari.  Kereta sewa tersebut perlu di pulangkan pada jam 1.00 petang keesokan harinya. Fikiran SJ mula menconggak masa.  Sempatkah motosikal SJ sampai ke Pulau ini sebelum jam 1.00 petang. Jika sempat, syukur Alhamdulillah.

Tidak guna SJ mencongak masa tanpa sebarang info. Jadi, langkah yang sepatutnya SJ perlu menghubungi Syarikat penghantaran tersebut. 

Fuh, lega kerana Syarikat tersebut memberi jaminan bahawa motosikal SJ akan tiba di sini sebelum jam 1.00 petang. 

Seronok dapat ronda-ronda dengan sebuah kereta. Klo hujan xde la basah kuyup. Malangnya, penunjuk aras minyak sudah berkelip-kelip menandakan minyak hampir kering. Grrr… ingat nak terus g masjid untuk solat jumaat, tapi kene g stesen minyak dulu la. Klo x, bertolak la kereta SJ sewa ni. Penghawa dingin kereta itu juga tidak berfungsi sepenuhnya malahan sterengnya juga mempunyai beberapa masalah. Malah, getah pelapik tingkap sisi turut rosak. Berbunyi gegaran cermin tingkap jelas kedengaran. Balun je lah, janji boleh bergerak ke sekitar Pulau ini. 

Pepatah melayu ada mengatakan, “Malu bertanya, sesat jalan.” Disebabkan SJ tak nak sesat jalan, SJ kena menjadi tidak malu buat sementara waktu untuk bertanya jalan untuk ke stesen minyak. Maklum saja la, SJ bukan orang langkawi.

Selepas minyak kereta di isi, tiba-tiba rakan SJ bersuara, “ Lepas solat kang, kita p makan noh. Pastuh, kita p pantai cenang carik umah sewa kat sana.”

Umah sewa??? Buat apa?? Tak kan nak duduk 2, 3 bulan kat sini? …

Nantikan part 3 SJ mencari umah sewa.

"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

1 comment:

Siti Safiyyah said...

SJ buat ape kat langkawi tu?? konpius kejap..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat