Saturday, January 15, 2011

Langkawi Island hopping 2011

update ~!!

Wah, seronok dapat Island hopping. Perjalanan bermula dari Jeti (dekat Awana) pada jam 10.00 Pagi. Bot kami di pandu ke menuju ke arah Pulau Dayang Bunting. Bot kami di sertai oleh 14 orang yang terdiri dari 3 kumpulan berasingan. 4 orang terdiri dari sahabat SJ, 4 orang keluarga dari negeri Sembilan dan 4 orang dari mahasiswa UiTM Sham Alam. Aik…cukup ke 14? 

Dengan bayaran sebanyak RM25, kami di bawa ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan kawasan Helang makan.  

Hebat sungguh ciptaan Allah. Pulau dayang bunting di katakan mampu utk menyembuhkan penyakit mandul. Tapi x tahu la sejauh mana kebenaran kenyataan tersebut. SJ x percaya, sbb x dak bukti. mungkin sebab ade bahan kimia yang membantu menyuburkan kemandulan tersebut. Kepada para saintis, sila buat kajian tentang penyataan " Pulau Dayang Bunting boleh menyuburkan kemandulan "...hehehe.

Pulau dayang bunting ni banyak monyet yang kelaparan. Kepada Pelancong, sila berhati2 ketika membawa makanan, kerana monyet2 ini suka mengepau pengunjung yang mempunyai makanan. Tadi, monyet tu pau mat saleh sekeluarga air coke, dia ajak geng habaq hang!... menangis anak kecik die, kerana ketakutan.

Island hopping ni mengambil masa lebih kurang 3 jam... best wo.. tp klo korang gayat or mabuk laut, di nasihatkan supaya siapkan plastik utk muntah.. hehhe...  Pulau Beras Basah mempunyai pantai yang cantik, malangnya tiada tempat persalinan jika anda mandi. Makanan di situ pon mahal, klo nak jimat,bawak la bekalan makanan. Pantai Pulau Beras Basah agak landai, tetapi anda kene berhati-hati kerana di kawasan tengah pantai banyak terumbu karang, boleh melukakan hari anda.

Pastu g tgk burung helang. wow... besar burung nih! bila mengepak, boleh sama depa ngan depa manusia.

 Subhanallah!!
 
"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

3 comments:

Anisa Hang Tuah said...

jom shopping kat langkawi.
coklat murah murah
hee

ch!natsu said...

island hopping.. my faveret..!!

Anonymous said...

monyet kat langkawi memang nakal ! haritu berebut kuaci . kalau x bagi die kejar . macam **** ! haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat