Tuesday, February 1, 2011

Ganjaran Solat subuh berjemaah.

update ~

Ganjaranya hebat!. malangnya, Ramai yang masih tidak tahu mengenainya, dan ada juga yang tahu, tetapi asyik dengan melayan nafsu tidur. Tidur waktu Kol 5- 7 pagi tu, mmg syahdu, mana taknya, sejuk dan selesa. Itulah ujian yang sangat hebat,malah SJ turut tewas dengan belaian manja nafsu tidur di sokong pula dengan godaan Syaitan. Azam utk bgn solat berjemaah waktu subuh masih lagi tak berjaya. Hahahaha.. ye la, alarm kunci, tapi secara x sedar, tangan dan jari menjalar membuang kunci alarm tersebut. Cesss, sapa punya keje nih???hahaha.. Pikir laaa sendirian~

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah saw lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)


Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah saw mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis :


"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah saw :


"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah swt dengan dua kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"
 

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :


"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)


sumber iluvislam.com

"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

5 comments:

IMANSHAH said...

sesiap yang blajar di SBP untung kan

miss ANGIN said...

insaf =.='

Encik Luncai said...

luncai akan promote blog ni dlm sticky post..tahniah..

Solihin Zubir said...

semakin tinggi ganjaran, semakin liat kita nk wat kan..
haish!

khairunnisa ♥ said...

ohh..dah subuh :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat