Thursday, February 24, 2011

Konsert Maher Zain. (ruginya x dapat g tgk)

update ~!! 


PENANGAN penyanyi Islamik, Maher Zain mendendangkan lagu popularnya, Insha Allah dan Thank You Allah cukup menambat hati ramai penonton.

Fenomena baru dicetuskan penyanyi kelahiran Tripoli, Lebanon tetapi membesar di Sweden ini berjaya menarik minat masyarakat Islam khususnya mendekati muzik sebagai unsur dakwah, bersatu dan paling penting, sentiasa mengingati Allah yang Maha Esa.

Selepas meraih sambutan menggalakkan daripada peminat dalam dua kunjungan sebelum ini, Maher sekali lagi berkunjung menjayakan konsert Maher Zain Live In Concert - Mercy To Mankind yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam Selangor selama dua hari bermula esok jam 7.45 malam.

Merancakkan konsert julung kali ini dianjurkan Inteam Records Sdn Bhd bersama Fiero Sdn Bhd dan kerjasama Awakening Entertainment (United Kingdom), Maher berkesempatan hadir ke Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur kelmarin. Sempena konsert ini, akhbar harian bahasa Melayu nombor satu ini tampil sebagai media rasmi. Sebanyak 200 tiket percuma disediakan untuk pembaca bertuah yang menjawab soalan dan memberi slogan menarik dalam peraduan disertakan.


Kata Maher, dia sangat teruja untuk menjayakan persembahan ini yang menjadi platform mendekati peminat berhibur bersamanya. Dia yang tiba di Kuala Lumpur Ahad lalu, berkata segala persiapan berjalan lancar dan tidak sabar menantikan persembahan yang mengambil masa hingga tengah malam.

"Sebanyak 12 hingga 13 lagu akan saya nyanyikan pada malam itu bersama persembahan pembukaan kumpulan Inteam. Persembahan saya bermula jam 10 malam dan ada kejutan menerusi lagu baru yang akan saya sampaikan. Saya sendiri berbangga menghiburkan peminat yang hadir nanti," katanya.

Bagi Maher yang menghabiskan masa lebih seminggu di sini akui, sambutan peminat terhadap lagunya suatu kejutan dan di luar jangkaan. Album debut, Maher Zain Thank You Allah meraih jualan melebihi 150,000 unit di sini.

Ini adalah kunjungan ketiga Maher selepas mengadakan showcase Oktober tahun lalu dan persembahan amal pada Disember lalu tetapi kali ini persembahan berskala besar. Penyanyi yang bakal bergelar bapa April ini, dijangka menyanyikan dua single baru, Freedom (membawa makna perjuangan) dan No.1 For Me (ditujukan kepada ibu).

"Niat saya bukan mahu menukar agama asal mereka tetapi menggambarkan keindahan Islam itu sendiri. Sambutan peminat sebegini menggembirakan saya termasuk sambutan dari negara Barat.

"Selepas ini, saya merancang menembusi pasaran Barat yang memberi cabaran besar. Apa yang saya harapkan, muzik dapat membawa sesuatu yang positif kepada pendengar," katanya. Berbicara album baru, dia berkata ia masih dalam proses pembikinan. Katanya, album kali ini ingin menampilkan mesej kemanusiaan, persaudaraan, perjuangan dan cinta terhadap Tuhan.

"Berbanding album pertama lebih menjurus pada maksud Islamik secara langsung, album baru pula saya tampilkan konsep lebih matang.

"Begitu juga, saya berhasrat mencipta lagu sendiri kali ini dan belum ada kepastian untuk duet bersama penyanyi tempatan," katanya.

Koordinator Konsert, Muhammad Hazamin Harun pula berkata, persembahan pada malam itu dipimpin Eddie Marzuki selaku pengarah muzik dibantu pemuzik Amr Galal bermain dram dan Laith Faisal menggunakan alat muzik seperti seruling atau nay.

"Seramai 12 pemuzik dan enam penyanyi vokal mengiringi persembahannya. Bagi peminat yang belum mendapatkan tiket, mereka boleh membeli di Stadium Malawati dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

"Seramai 14,000 penonton dijangka menyaksikan persembahan selama dua hari. Dalam pada itu, Maher turut melancarkan album Maher Zain Thank You Allah edisi Platinum baru-baru ini memuatkan lagu Insha Allah dalam versi Melayu," katanya.

dipetik dari hmetro


"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

9 comments:

Solihin Zubir said...

Maher Zain? Sapa ni? 1st time tgokk.. ;-p

A.s.t.i.n.a said...

huhu ramai fanatik dier nehhh..

Intan Maizura Ibrahim said...

ok..tgh senyum la nih

pesal gambo lari2 ms scroll up n down..n susah nk bace gambo hide tulisan tuh..

http://intanmaizura.blogspot.com

orenaqua said...

lagu insya allah plg best!

orenaqua said...

lagu insya allah plg best!

orenaqua said...

lagu insya allah plg best!

orenaqua said...

lagu insya allah plg best!

orenaqua said...

lagu insya allah plg best!

orenaqua said...

lagu insya allah plg best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat