Thursday, March 17, 2011

20 pelajar asrama penuh dibuang jentik dahi junior

update ~!!

SBPI KUBANG PASU baru je mendapat anugerah SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT). Malangnya semalam, gembar dengan 1 berita yg x senonoh apabila aku mendapat tahu 20 pelajar sekolah tu kene buang. Erk.. bekas sekolah aku tuh, tapi aku batch yang terawal menjejakkan kaki ke situ. Biasala, masa aku masuk, xde lagi pon kes2 buli ni, maklum la sekolah yang sentiasa dengan kawalan para guru -(skema)- budak2 pon skema jugak la. hahaha..

Apa jentik dahi junior?? apa kejadahnya sekolah nk buang jika setakat nk menjentik, secara logiknya la, ni mesti kes berat, klo x masakan sekolah nk buat tindakan melulu, tindakan ini hasil sebulat suara para guru dan PIBG sekolah kot. 

Kamon la, ape barang buli2 nih, hg ingat hg buli org, hati boleh puas ke? heyy~ hampa kena ingat doa org teraniaya sangat mudah di makbulkan oleh Allah. Aku dan rakan2 pon penah gak buat kes berat kat sekolah, tapi cikgu x buang pon.. sebab aku tau, kes aku x terberat..hahha...mungkin kami mase dulu kurus2..

Bagi aku la, xperlu la buli2, buat suma benda, fikir la dahulu, jgn dah terhantuk baru mengadah. Hampa dah kene buang sekolah baru nk nyesal. (nnt aku ulas lagi, sebab aku agak sibuk)


20 pelajar asrama penuh dibuang jentik dahi junior


WARIS pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu tunjukkan surat pemberhentian  yang dihantar   kepada mereka, semalam.

WARIS pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu tunjukkan surat pemberhentian yang dihantar kepada mereka, semalam.
BUKIT KAYU HITAM: Seramai 20 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu, di sini dibuang sekolah berkuat kuasa Khamis lalu selepas didapati bersalah membuli dengan menjentik dahi seorang pelajar Tingkatan Empat beramai-ramai pada 25 Februari lalu.

Mereka diarahkan pulang pada petang hari kejadian, sebelum pihak sekolah mengambil keputusan membuang semua pelajar terbabit selepas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Khamis lalu. 

Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdullah Saat, berkata pelajar terbabit boleh mengemukakan rayuan melalui Bahagian Pendaftar Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dalam tempoh sebulan. 

“Bagaimanapun dalam kes ini, ia akan dirujuk kepada Kementerian Pelajaran kerana ia berstatus sekolah asrama penuh. Jika sekolah biasa cukup sekadar Jabatan Pelajaran Negeri (membuat keputusan). Namun, keputusan membuang pelajar atas kesalahan disiplin adalah hak sekolah selepas meneliti kesalahan itu adalah berat dan mengikut peraturan yang ditetapkan,” kata ketika dihubungi.

Bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan tidak puas hati ibu bapa dan penjaga yang menyifatkan ia terlalu drastik dan tidak dimaklumkan kepada mereka terlebih dulu hingga boleh menjejaskan persiapan anak mereka menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Oktober ini.

Walaupun mengakui perlakuan itu melanggar disiplin, mereka beranggapan pihak sekolah sepatutnya memberi peluang kedua kerana ia membabitkan masa depan pelajar terbabit.

Seorang bapa, Jasni Mohd Noor, 44, berkata pihak sekolah seharusnya memberi peluang kepada semua pelajar dan mengenakan hukuman lain yang tidak membabitkan tindakan buang sekolah kerana ia boleh menjejaskan persediaan mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti. 

Bekas guru itu berkata, pihak sekolah juga tidak memaklumkan kepada penjaga mengenai tindakan itu dan hanya mengarahkan anak mereka keluar dari asrama pada 25 Februari lalu.

“Saya tahu anak saya bersalah, tetapi jika boleh berilah mereka peluang sebab sukar bagi kami untuk mencari sekolah yang sesuai kerana mereka sudah memasuki aliran Sains Teknikal sejak Tingkatan Empat. Mereka akan menghadapi masalah jika bertukar ke sekolah lain yang kebanyakannya tidak mempunyai aliran itu. Saya bimbang mereka tidak dapat memberi tumpuan,” katanya semalam.

Seorang lagi bapa, Mohd Azami Abdul Majid, 45, berkata pihak sekolah sepatutnya boleh bertolak ansur daripada mengambil tindakan yang terlalu keras.

Beliau mendakwa hanya mengetahui tindakan itu melalui surat yang dihantar menerusi pos laju ke rumahnya oleh pihak sekolah pada Ahad lalu.

“Tiada laporan polis dibuat dan tiada sebarang laporan doktor berhubung kejadian itu. Selain itu, sekolah tidak memaklumkan kepada ibu bapa apabila pelajar terbabit diarahkan keluar asrama, sebaliknya hanya dihubungi anak sendiri,” katanya

sumber : BERITA HARIAN
"the ones that love us, never really leave us "

Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik

14 comments:

..:noor badriah:.. said...

bad pun bru abis skolah sbp..sbp skrg pun dah truk...bkn stkt jntik, pkul2 pun dh jdi pkra normal..=(

ain fathihah fhm said...

macam2 hal. tp kesalahan macam tu takyah la kot buang sekolah. denda khidmat masyarakat lagi bagus. hehe

G3-lina said...

takkan jentik dahi da kene buang?? something wrong somewhere..~ *bapak manje budak2 sekolah tu~

trisy said...

SBP sekrang dah takda nilai SBP cam dolu-dolu.

niesz said...

ngada2 sgt la budak2 skrg ni, susah nk didik..haha..poyo je niesz nie..

IMANSHAH said...

ayoyo...buli kA

siti habsah said...

wow....hebat la dak2 skang.....
smpy kne jentik pun jd kes berat.....
adoi....kne jentik tu lg ok kot dr kena ketuk ngan tin biskut....hahaha...

http://siha89.blogspot.com/2011/03/apabila-3-set-menyerbu-kl-part-2.html

Amanie Khairunnisa said...

budak2 sekarang overdose :)

Unknown said...

rasanya pengetua sekolah tu Baharudin,. dulu dia skola hajar la, SOKSEK. tapi, rasa mcm okey ja..x taw plak skrg jadi mcm nie..

Unknown said...

adoii..yg p buli dak tu psai pa..dh nk spm wt cra nk spm..haha..kan dh kena..tp xptot kot buang..baek denda khidmat masyarakat..bersih sikit tandas sekolah tu..byk lg kes berat yg laen leyh buang sekolh..cth,,buli budk smpai msuk icu..haa,,yg tu bru ptut buang coz truk sgt dh tu..dh msuk kes cubaan membunuh..

FD said...

sebenarnya, kalau difikarkan secara logik akal, takkan jentik je kne buang sekolah kot.. betul ?

ohcikgu said...

Mngkin juga 20 budak-budak tu memang bermasalah. Rekod disiplin pun teruk dan dapat aduan yang sebahagian dari budak tu memang suka kacau orang..

Masa saya sekolah dulu pun macam tu. Tapi kira normal la. Mungkin mamat yang kena kacau tu tak rapat atau suka menyendiri atau suka sakitkan hati orang. Mana kita tau kan? Mak bapak takkan tahu perangai anak dia bila kat sekolah. 100% takkan sama dengan perangai kat rumah. Sebab tu kes macam ni berlaku.

Mungkin pengetua atau guru besar dia ada sebab kukuh untuk bagi hukuman macam tu..

Solihin Zubir said...

haha.. baru ritu hg dok bangga dgn skolah hg tu.. hehhe..
mm dgaq mcm tak logik jentik dahi pon kna buang asrama..
tp mungkin itu gimik bg menggambarkan betapa siriesnya kes buli ni..

nabByla said...

apa nie.. skola tmpt pndai tp ragam cam tue lak. aduyai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ! !shahjiehan [dot] com ! !
Design with love by CikBulat