update ~!!
Guru zaman sekarang hanya perlu mengajar, hal ini kerana mereka di letakkan di bawah kementrian PELAJARAN. Sebelum ini, guru-guru diletakkan di bawah kementerian PENDIDIKAN. Oleh sebab itulah, pelajar zaman sekarang kurang didikan.
Guru yang mendidik - merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran,dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. Jika pelajar tidak mahu belajar, guru boleh menghukum dengan hukuman setimpal agak pelajar terbabit insaf dan mula berubah.
Guru yang mengajar - Proses pengajaran sahaja. Tidak perlu menerapkan nilai2 murni. Jika pelajar tak nak belajar di dalam kelas, guru cuma boleh tegur sahaja, x perlu beri hukuman atau geguran berulang2 kali.
Apabila guru mula mendidik, maka terdidiklah pelajar tersebut. Ilmu pelajaran penuh di dada beserta dengan akhlak yg terpuji.
Apabila guru mula mengajar, maka terpelajarlah pelajar tersebut. Ilmu pelajaran penuh di dada, tetapi tiada akhlak yg terpuji.
Sekarang ni, guru jadi mangsa keaadaan,
Situasi 1- Seorang guru menghukum pelajar atas kesalahan pelajar tersebut, pelajar repot kat ibu bapa. Pastu panggil media itu dan ini. Guru disalahkan. --->"jgn sentuh anak saya."
Situasi 2 - Seorang guru tidak menghukum pelajar atas kesalahan pelajar tersebut. Bila tak tegur, perangai buruk menjadi-jadi. Ibubapa dtg ke sekolah. Guru disalahkan -----> "cikgu xmengajar anak saya ke?"
Situasi 3 - Seorang guru membuang pelajar dari sekolah atas masalah disiplin. Ibu bapa datang ke sekolah, marah guru-guru sebab membuang anak2 mereka dari sekolah. Guru disalahkan ----> " guru pon serba salah .."
Aku pon x paham daaa.... tapi kerjaya seorang guru mmg mencabar, terima kasih guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar aku...Haigailah guru-guru anda. "Guru ibarat lilin, membakar dirinya demi menerangi orang lain."
Jika anak anda "nakal" jgn salahkan guru-guru. Salahkan diri sendiri. Anak-anak adalah amanah buat ibu bapa....
"the ones that love us, never really leave us "
Dah Baca Sila Senang Hati Komen Ya Adik-adik
Ibrah Do'ā Nabi Zakariā 'Alayhissalām
3 years ago
11 comments:
ingin jadi sebahagian dari mereka yg mendidik..Ibarat air yang mengalir, sentiasa mengalirkan kasih sayang dan ulmunya..kalau jadik lilin, lilin akan padam jua
zaman dlu2 belajar best... cikgu rotan, mak ayah angguk kepala..
skang ni kne rotan, mak ayah terhangguk-hangguk kepala jumpa jabatan..
soalnya kenapa ?
anak manja
betul la tu. rasanya jd cikgu zaman sekarang lagi susah dari cikgu zaman dulu ek. budak2 la nie ketegaq
kerjaya cikgu mmg mulia, tp kena ikhlas mengajar dan mendidik. nak salahkan ibu-ibu dan bapak-bapak semata-mata pun tak boleh jugak. anak-anak tu sendiri kena pandai pk mana baik, mana tak.
begitulah kerjaya seorang guru. Bila anak dapat result bagus, dipujinya kita, bila anak buat hal, semuanya salah kita..
bukan nak menyalahkan para cikgu...tapi cikgu zaman sekarang dah hilang fokus mereka untuk mengajar anak bangsa secara ikhlas..ibu bapa juga sekarang terlalu memanjakan anak...sehingga anak rosak..kesimpulannya..ibu bapa tugas mereka dirumah mendidik anak..guru mendidik pelajar dengan ikhlas di sekolah..jika peranan ibubapa dan guru itu betul2 diikuti akhlak anak remaja sekarang tidak begini...zaman sekarang tak mcm zaman duhulu...orang kata payah juga bila ibu bapa dah educated...sume ajar anak dengan duit..tapi bg ibu bapa yang btul2 mendidik anak mereka...alhamdullilah..kalu mampu memang nak sedarkan anak bangsa yang lupa bangsa mereka makin lama makin dikecam musuh di dalam selimut..sedarlah anak bangsa...terutama anak melayu berbangsa islam!!!!!
zaman sekarang ni orang semakin lama semakin banyak. student dari tahun ke tahun bertambah ramai. dan ini akan berterusan sehingga lah kiamat tiba. :D
apa yang saya nak kata ialah, dasar pendidikan negara tidak mampu untuk menampung jumlah pelajar yg mana bertambah dari tahun ke tahun. zaman dulu mengajar murid dalam 1 kelas cuma 10 orang, sekarang ni satu kelas pon boleh mencecah sehingga 40 orang lebih. bayangkan!
dari segi moral pelajar mmg xdapat nak bendung lagi melainkan ibubapa amik inisiatif untuk jadikan anak2 mereka cemerlang rohani dan jasmani dengan didikan agama yg baik.
sekian. ikhlas.
yaya sendiri ada pengalaman berhadapan dengan CIKGU YANG KURANG AJAR. masa tu dalam darjah 3 camtu. yaya dah tak ingat kisahnya mcamana tapi yang pastinya bg yaya sendiri dia tak layak jd pendidik. sebab dirinya sendiri tak beradap dan tak terajar.
p/s : lari topik x? :p
kiki...aku tak boleh jadi guru atau cikgu ....susah dan gaji sikit....susah nak iklas...
sy ni, insyaallah bakal pendidik..takut rasanya nak hadapi cbaran, perangai murid2 n ibu bapa akn dtg..
dlu mula2 jd ckgu berkobar2 semangat..tp skrg br masuk 6 thn ngajar smgt yg dulu dh ilang..bygkn la tiap2 hr mengadap bdk2 yg kurang ajar, langsung xhormat ckgu..mn dgn pengetua yg asyik2 nk menambah beban ckgu...
bygkn lah surat buang sek pn..cikgu kna poskan !!
mcm mn nk mengajar kalau ht dh xikhlas...
*luahan hati seorg guru..
cikgu oh cikgu! engkau insan mulia..
Post a Comment